10 Game Baru Januari 2026 Yang Wajib Masuk Wishlist

Dari remake legenda, game anime, horror pelik + dinosaur (yes, dinosaur 😆), sampai open-world space survival.

Kalau kau gamer tegar, ini senarai 10 game baru Januari 2026 yang wajib kau tahu 👇


1. Prince of Persia: The Sands of Time Remake

Remake yang ramai sangat minta akhirnya muncul semula. Grafik baru, animasi lebih smooth, dan combat yang diperbaiki. Nostalgia + rasa moden, memang win.


2. Code Violet

Game horror + dinosaur. Yes, HORROR DAN DINOSAUR 😂 Gabungan yang pelik tapi menarik. Suasana seram, resource survival, dan makhluk purba yang boleh buat kau panik setiap sudut.


3. Arknights: Endfield

Kalau kau ingat Arknights ni tower defense — lupakan. Endfield ialah strategy action RPG dengan dunia 3D yang luas. Lore padu, gameplay fresh, dan sesuai untuk both fans lama & player baru.


4. No Rest for the Wicked

Dari developer Ori Series, so jangan persoal kualiti. Art style cantik, combat berat ala souls-like, dan dunia gelap yang buat kau rasa “stress tapi nak main lagi”.


5. Taxi Chaos 2

Rindu Crazy Taxi? Game ni ubat rindu paling mujarab. Arcade driving, drift gila-gila, penumpang menjerit, dan soundtrack yang buat adrenalin naik.


6. Cairn

Game climbing yang lain dari yang lain. Bukan sekadar tekan butang naik, tapi kena fikir pergerakan, stamina, dan posisi badan. Simple concept, tapi deep gila.


7. Code Vein 2

Souls-like anime kembali! Ramai peminat tunggu sekuel ni sebab combat pantas, karakter bergaya, dan story yang lebih matang dari game pertama.


8. Highguard

Game free-to-play dari developer Apex Legends. Fokus pada combat pantas, team-based gameplay, dan competitive vibe. Kalau suka FPS/action game, ini wajib cuba.


9. Starrupture

Open-world space base builder dengan elemen survival. Kau bina base, urus sumber, dan survive dalam dunia angkasa yang hostile. Sesuai untuk peminat Satisfactory, Subnautica & No Man’s Sky.


10. The Seven Deadly Sins: Origin

Fan anime ni wajib ambil perhatian. Open-world action RPG. Dunia luas, combat flashy, dan cerita original.

Januari 2026 memang bulan panas untuk gamer. Tak kisah kau minat horror, anime, survival, atau action RPG — ada je game untuk semua orang.