10 Video Game Baru Jun 2025!

Ada 1 jangan beli!

Jom kita tengok 10 game paling hype untuk Jun 2025 ni!

1. Dune: Awakening

Kalau korang suka dunia sci-fi epik macam Dune, game ni memang untuk korang. Dune: Awakening ialah open-world survival MMO yang letak kita terus kat planet Arrakis yang penuh cabaran dan misteri. Nak survive? Kena pandai-pandai cari air, elak cacing pasir, dan fight untuk kuasa!

2. Rematch

Nak main game bola sepak dengan gaya yang lain dari lain? Rematch datang dengan gaya arcade dan grafik bergaya kartun. Unik habis! Didevelop oleh developer Sifu!

3. The Alters

Game ni lain macam sikit. Dalam The Alters, kita main sebagai lelaki yang cipta klon ‘alter ego’ versi diri sendiri untuk survive. Cerita dia deep, sci-fi gila, dan penuh pilihan yang akan ubah jalan cerita. Mental!

4. MindsEye

MindsEye adalah calon utama untuk game paling teruk 2025. Penuh masalah pada hari pelancaran, MindsEye seumpama yang game yang dipaksa untuk cepat siap tanpa fokus pada kualiti. Agak sedih kerana MindsEye didevelop oleh developer yang berpengalaman develop siri GTA!

5. Bitcraft Online

MMORPG + sandbox? Yes please! Dalam Bitcraft, korang boleh build bandar sendiri, cari barang rare, dan join komuniti besar pemain lain. Ala-ala gabungan Minecraft + Stardew Valley tapi dalam skala lebih besar dan moden.

6. Tron: Catalyst

Masuk dunia TRON sekali lagi dalam Tron: Catalyst! Bergaya neon, aksi laju, dan dunia digital yang sangat cantik. Kalau korang suka vibe cyberpunk dan gameplay pantas, ni wajib try.

7. Five Nights at Freddy’s: Secret of the Mimic

FNAF kembali! Kali ni dengan misteri baru – The Mimic. Siapakah dia? Apa yang dia nak? Game ni janji nak buat korang menjerit tengah malam dan paranoid tengok patung!

8. Mario Kart World

Nintendo fans, rejoice! Mario Kart World ialah versi baru dengan lebih banyak track global, mod online, dan watak-watak baru. Family-friendly tapi tetap competitive gila. Main ramai-ramai confirm pecah gelak! Tapi kena ada Nintendo Switch 2 la.

9. Death Stranding 2: On the Beach

Hideo Kojima kembali dengan sekuel yang penuh misteri dan visual yang cantik gila. Death Stranding 2 janji nak bawa kita lebih jauh dalam dunia pelik tapi mendalam. Siap sedia untuk satu lagi perjalanan emosional!

10. FBC: Firebreak

Game shooter yang fresh dan penuh aksi. Firebreak datang dengan mechanics baru dan grafik yang memukau. Kalau korang suka game style Apex Legends atau Overwatch, ni antara pesaing baru yang boleh beri saingan!

Bulan Jun 2025 nampak macam bulan yang meletup untuk dunia gaming. Tak kisah korang suka RPG, survival, horror, atau racing – semua ada! Mana satu yang korang paling excited?