Samsung Galaxy Unpacked Julai 2026

Z Fold8 Ultra, Z Fold8, Z Flip8, Intelligent Eyewear & Watch9!

Galaxy Unpacked 2026 kali ni memang antara event Samsung paling menarik dalam beberapa tahun kebelakangan ni. Bukan sebab ada telefon lipat baru je, tapi sebab Samsung dah mula bina satu ekosistem AI yang rasa lebih praktikal untuk kegunaan harian.

Jom kita tengok apa yang paling menarik.

Samsung Galaxy Z Flip8 – Cover screen yang akhirnya rasa “berguna”

Benda pertama yang terus curi perhatian aku mestilah Galaxy Z Flip8.

Kalau dulu Flex Window sekadar untuk tengok notification atau widget tertentu, sekarang dia dah hampir jadi “telefon mini”. Banyak lagi aplikasi boleh berjalan terus dekat cover screen tanpa perlu buka telefon. Memang puas hati.

Lagi satu yang aku suka ialah Samsung masih kekalkan konsep telefon yang kecil bila dilipat, tapi bila buka terus dapat pengalaman telefon flagship penuh.

Selfie 50MP memang padu

Bila ada kamera utama 50MP, selfie guna kamera belakang memang lagi sharp.

Sebab boleh lipat telefon, korang boleh preview dekat Flex Window sambil ambil gambar. Tak perlu lagi berharap kamera depan bagi hasil yang cantik.

Kalau jenis suka buat TikTok, IG Reels ataupun vlog, fungsi macam Dual Recording, Super Steady dan Horizon Lock memang membantu gila.

Galaxy Z Fold8 Ultra – Samsung buat Fold paling serius setakat ni

Kalau nak cerita pasal telefon paling power Samsung sekarang, memang jatuh dekat Galaxy Z Fold8 Ultra.

Apa yang paling menarik?

  • Rekaan paling nipis dalam sejarah Galaxy Fold.
  • Menggunakan teknologi Flex Titanium yang buat badan telefon lebih kukuh tapi masih ringan.
  • Bateri lebih tahan lama dengan teknologi silicon-carbon.
  • Kamera bertaraf Ultra.
  • Skrin 8 inci yang memang dibuat untuk multitasking dan Galaxy AI.

Aku paling suka rekaan dia. Serius nampak premium. Bila tengok dari sisi, dah tak nampak macam telefon lipat yang tebal macam dulu.

Galaxy Z Fold8 – Ini sebenarnya yang paling ramai akan beli

Kalau korang tanya aku… Aku rasa Galaxy Z Fold8 ni sebenarnya lagi menarik untuk majoriti pengguna. Kenapa?

Sebab dia dah cukup nipis, lebih kompak dan nampak lebih seksi. Malah bila tengok bentuk dia, terus teringat dengan macam mana ramai orang bayangkan foldable iPhone ataupun iPhone Ultra satu hari nanti.

Samsung dah sampai dulu. Battery dia mungkin kurang sikit berbanding Ultra, tapi bezanya bukanlah besar sangat. Yang penting pengalaman Galaxy AI masih sama. Jujur cakap.. Aku memang tak sabar nak pegang sendiri sebab rasa macam telefon ni bakal jadi Fold paling selesa pernah Samsung hasilkan.

Ringan. Nipis. Dan akhirnya nampak macam telefon biasa bila ditutup.

Intelligent Eyewear – Cermin mata AI yang aku paling teruja

Ini mungkin produk paling mengejutkan masa Unpacked. Samsung akhirnya keluarkan Intelligent Eyewear hasil kerjasama dengan Gentle Monster dan Warby Parker.

Dan serius… Dia tak nampak macam gadget langsung. Dia nampak macam cermin mata premium biasa.

AI sentiasa bersama

Bayangkan korang tengah meeting. Terus suruh AI: “Summarize semua nota dekat whiteboard.” Siap terus masuk Samsung Notes. Atau masa memasak. AI boleh cadangkan langkah seterusnya tanpa korang pegang telefon.

Kalau tengah Google Meet pula, kamera dekat cermin mata boleh tunjuk apa yang korang sedang tengok. Memang sesuai untuk demo kerja atau tunjuk barang secara hands-free.

Samsung kata cermin mata ni:

  • lebih ringan daripada kebanyakan AI glasses lain
  • bateri tahan sehingga 9 jam
  • charging case boleh bagi sehingga 7 kali cas tambahan
  • berfungsi rapat dengan Galaxy Watch sebagai alat kawalan
  • menggunakan Gemini AI untuk bantuan secara masa nyata.

Aku rasa inilah permulaan sebenar era AI wearable.

Galaxy Watch9 – Fokus kepada kesihatan

Galaxy Watch9 masih kekalkan rekaan yang minimalis. Tapi kali ni Samsung bagi lebih banyak fokus kepada kesihatan.

Antara yang menarik:

  • Sleep Apnea Insights
  • Running Coach yang lebih pintar
  • Analisis sukan yang lebih mendalam
  • Sensor yang boleh mengesan perubahan awal badan sebelum kita sendiri sedar.

Kalau korang memang pakai smartwatch untuk jaga kesihatan, Watch9 nampak macam satu upgrade yang sangat berbaloi.

Galaxy Watch Ultra2 – Monster sebenar

Kalau Watch9 untuk semua orang… Watch Ultra2 memang dibuat untuk mereka yang aktif. Samsung bagi macam-macam upgrade.

  • prestasi lebih laju
  • bateri lebih tahan lama
  • skrin sehingga 5000 nits
  • IP69K
  • 10ATM
  • siap ada fungsi untuk penyelam.

5000 nits tu memang gila terang Bawah matahari tengah hari pun rasanya tak ada masalah nak tengok skrin.

Tapi…

Ada satu benda yang buat aku kecewa. Mana Galaxy Watch9 Classic? Aku tahu ramai peminat bezel berputar tengah tunggu. Termasuk aku Malangnya tahun ni Samsung masih belum bawakan model Classic. Harap-harap tahun depan dia comeback.

Galaxy Unpacked 2026 bukan sekadar pasal telefon lipat. Samsung sebenarnya tengah bina satu ekosistem AI yang saling berhubung.

Telefon. Jam. Cermin mata.

Semuanya boleh bekerja bersama

@baybaystudios Ada siapa kat sini berkenan jugak dengan design Samsung Galaxy Fold 8? #galaxyfold8 #galaxyfold8ultra #galaxyzflip8 #samsung #galaxyunpacked ♬ original sound – Bay Bay Studios