EU suruh Apple open Airdrop!
Siapa je tak kenal Airdrop? Feature paling win dekat iPhone yang buat kita boleh hantar gambar, video, dokumen sekelip mata — tak payah data, tak payah apps tambahan. Tapi sekarang, feature legend ni mungkin kena buang atau diubah gara-gara… siapa lagi kalau bukan EU (European Union).
Apa Cerita Ni Sebenarnya?
Lepas kes Apple kena tukar charging port dari Lightning ke USB-C, kali ni EU datang lagi dengan undang-undang baru: Digital Markets Act (DMA). Undang-undang ni basically nak tekan syarikat besar macam Apple supaya lebih terbuka dan adil kepada pesaing.
Antara benda yang EU minta Apple buat:
- Buka Airdrop untuk 3rd party (contohnya Android, Huawei, dll).
- Open pairing AirPods untuk jenama lain, bukan iPhone je.
EU cakap Apple ni terlalu eksklusif, sampai menyusahkan pengguna jenama lain.
Apple Tak Duduk Diam
Apple pun bukan jenis redha je. Dorang fight balik! Dorang kata kalau buka Airdrop untuk jenama lain:
- Boleh jejaskan privasi pengguna.
- Pengalaman pengguna iPhone pun mungkin rosak.
Logiknya, bila semua orang boleh ‘masuk’ sistem Airdrop, risiko keselamatan dan spam pun naik.
Kalau Apple Kalah… Apa Akan Jadi?
Kalau Apple kalah lawan dengan EU, besar kemungkinan:
- Airdrop kena di-open untuk semua, termasuk Android.
- Atau Apple hentikan Airdrop terus dekat iPhone (paling worst case).
Tapi buat masa ni, isu ni hanya melibatkan iPhone. Belum pasti kalau iPad dan Macbook akan terkesan juga. Dan kemungkinan besar, perubahan ni hanya akan berlaku dekat Eropah dulu je. Negara lain maybe tak kena.
Pengguna Nak Apa Sebenarnya?
Jujurnya, ramai pengguna tak nak Apple stopkan Airdrop. Tapi pada masa sama, ramai juga yang suka idea Airdrop boleh guna dengan Android. Bayangkan situasi ni:
Lepas tangkap gambar ramai-ramai, semua budak iPhone Airdrop laju je.
Ko yang pakai Android terpinga, kena tunggu orang hantar kat Telegram 😩
Memang sedih.
Aku Punya Pandangan?
Personally, aku okay kalau Airdrop dibuka, asalkan tak jejaskan privasi dan tak buat iPhone rasa “kurang eksklusif”. Tapi ya la, sekarang aku pakai iPhone sebab Airdrop senang sangat kalau nak buat kerja dengan Macbook. Tapi kadang bosan jugak dengan iPhone. Android nampak lebih fun sekarang ni!
Apple vs EU — Round Baru!
Akan datang kita tengok lah siapa menang. Sama ada Apple kekal eksklusif, atau Airdrop jadi universal untuk semua. Apa pun, harap ending dia bagi win-win untuk pengguna.