Smart move atau buat serabut?
Apple akan buat satu perubahan besar dalam penamaan sistem operasi (OS) mereka. Kalau sekarang kita guna iOS 18, iPadOS 18, dan yang lain-lain ikut versi masing-masing, lepas ni semuanya akan… lompat terus ke 26! 😲
Ya, bukan typo. Update software dari Apple selepas ni, kita akan ada:
- iOS 26
- iPadOS 26
- macOS 26
- watchOS 26
- tvOS 26
- visionOS 26
Kenapa Apple Tiba-Tiba Nak Semua Guna Nombor 26?
Ada dua sebab utama:
1. Nak Standardize & Kuatkan Branding Software Apple
Apple rasa sekarang ni nama OS dorang macam tak konsisten. Bayangkan iOS 18, iPadOS 18, tapi watchOS baru 11, macOS 15 pulak. Nampak tak ngam. Dengan buat semua jadi 26, nampak lebih seragam dan profesional. Sekali pandang pun tahu – ni semua OS Apple untuk tahun 2026.
2. Elak Kekeliruan Pengguna
Dorang pun tahu ramai yang confuse bila tengok nombor versi software. Kadang rasa, “Eh, ni software lama ke baru?” Bila semua ikut nombor tahun, lebih senang nak track dan ingat. Tahun 2026 = OS versi 26. Tak payah fikir panjang.
Move Bijak Ke Atau Menambah Pening?
Ni yang jadi perdebatan. Ada yang kata ini langkah bijak dari Apple – branding lebih kemas, seragam, mudah faham. Tapi ada juga yang rasa tiba-tiba tukar semua sekali gus boleh buat orang lagi keliru… at least pada awalnya. Lama-lama orang akan biasa. Sama macam dulu masa iPadOS mula pecah dari iOS – lepas sekejap, orang terima dan move on. Sekarang? Takde siapa pelik pun.
Tahun 2026 akan jadi permulaan untuk satu era baru dalam penamaan OS Apple. Dengan iOS 26 dan kawan-kawan lain, Apple cuba bawa satu identiti yang lebih tersusun, mudah diingat, dan branding yang lebih kemas. Sama ada kita suka atau tidak, perubahan ni akan jadi kenyataan.
@baybaystudios iOS 26? Software Apple semua akan jadi 26! #ios #apple #iphone #ios26 ♬ Lazy Sunday – Official Sound Studio