Bay Bay Media Kini Bay Bay Studios dan…

Ada beberapa lagi perubahan kecil.

Hey geng!

Nak umum satu benda penting tapi santai-santai je ya – Bay Bay Media kini akan dikenali sebagai Bay Bay Studios! 🎉 Ini bukan rebranding hardcore sampai tak kenal diri sendiri. Penukaran hanya di sosial media. Website masih kekal buat masa sekarang.

Mulai sekarang juga, Bay Bay Studios akan kekal dengan satu wajah je – Hazwanshah Baybay. Yes, muka ni la yang akan korang nampak merata – kat video / kat social media… dan maybe dalam mimpi (kalau termimpi la kan 😜). Hal wajah ini akan kekal buat masa ini hingga ada kesesuaian untuk ada wajah lain semula.

Kenapa tukar nama?

Sebab branding ni tidak mampu bergerak sebagai entiti media dan hanya dapat fokus berjalan sebagai KOL (Key Opinion Leader).

Tapi jap – nama syarikat & website macam mana?

Untuk sekarang, nama rasmi syarikat dekat SSM masih kekal Bay Bay Media. Website pun masih pakai baybaymedia.com. So, jangan konfius kalau nampak dua nama ni – dua-dua masih kami yang sama!

Terima kasih kepada semua yang dah mula support. Stay tuned dengan content lain yang mendatang!