ChatGPT Akan Bankrap Pada 2027?

OpenAI Rugi Berbilion!

Beberapa laporan terkini tengah hangat diperkatakan dalam dunia teknologi — ChatGPT dikatakan berisiko kehabisan dana menjelang tahun 2027.

Menurut jangkaan, OpenAI dijangka menanggung kerugian sehingga USD14 bilion, dan kalau tiada suntikan dana atau funding baharu, mereka mungkin tak mampu untuk sustain operasi bisnes dalam jangka panjang.

Pendek kata, model bisnes AI sekarang ni memang belum cukup kuat untuk jana keuntungan besar.

OpenAI Tak Untung, Ada Iklan Dalam ChatGPT? 👀

Dengan kos operasi yang tinggi (server, GPU, tenaga kerja, R&D), pulangan keuntungan yang ada sekarang memang tak cukup untuk cover semua perbelanjaan.

Sebab tu, antara backup plan yang mula diperkatakan ialah kemungkinan iklan dimasukkan ke dalam ChatGPT pada masa depan.

Bayangkan tengah tanya soalan, tiba-tiba keluar:
👉 “This answer is sponsored by…”

Menjadi ke? Atau users akan lari? 🤔

Lebih Separuh Syarikat AI Dunia Tak Buat Untung

Apa yang menarik, OpenAI bukan satu-satunya.
Lebih daripada 50% syarikat AI di seluruh dunia telah melaporkan bahawa mereka masih belum mencatatkan keuntungan.

Maknanya, walaupun AI nampak gah dan futuristik, realitinya:
👉 Banyak syarikat masih “bakar duit” untuk survive.

Gamers Happy: Harga RAM & GPU Mungkin Turun 🎮🔥

Berita ni sebenarnya buat ramai gamers senyum lebar.
Kenapa? Sebab kalau pelaburan besar dalam AI mula perlahan:

  • Permintaan GPU mungkin menurun
  • Stok hardware jadi lebih stabil
  • Harga RAM & GPU berpotensi jatuh semula

Akhirnya, PC gaming boleh upgrade tanpa perlu jual buah pinggang 😆

Worldcoin Masih Simpan? Masa Untuk Jual? 🤡

Untuk yang masih hold Worldcoin (termasuk aku 😅), persoalan besar sekarang:

👉 Patut jual sekarang ke?
👉 Atau tunggu lagi dan berharap miracle?

Dengan banyak syarikat AI belum stabil dari segi kewangan, crypto berkaitan AI pun jadi lebih volatile dari biasa. Risiko tetap ada.

Dunia AI Tak Seindah Yang Disangka

Walaupun AI nampak macam teknologi masa depan, hakikatnya:

  • Kos sangat tinggi
  • Untung belum tentu
  • Banyak syarikat masih bergantung pada funding

So, sebagai pengguna, gamer, atau pelabur kecil-kecilan — kena lebih bijak nilai hype vs realiti.