Google Pixel 9a: Harga Bermula RM2,699

Abang janji tak compare dengan iPhone 16e ✋

Google baru je umumkan Pixel 9a, model terbaru dalam siri Pixel A yang terkenal dengan value-for-money. Dengan harga permulaan RM2,699, jom kita selongkar apa yang best tentang smartphone keluaran Google ni!

Spesifikasi Google Pixel 9a

  • Chipset: Tensor G4 (sama macam Pixel 9!) ⚡
  • Skrin: 6.3” Actua display, 120Hz refresh rate
  • Kamera: 48MP utama + 13MP ultra-wide 📸
  • Bateri: 5,100mAh, sokong wireless charging 🔋
  • Ketahanan: IP68 rating (boleh masuk air!)
  • Sokongan Software: 7 tahun update dari Google 😍

Menarik tentang design Pixel 9a

👍 Minimalist
👍 Tiada camera bump
👍 Ada warna Peony Pink

Potong stim tentang design Pixel 9a

👎 Bezel keliling skrin yang agak tebal
👎 Size phone yang agak tebal (boleh diterima lagi kerana size bateri yang besar)

Walaupun spesifikasi dalaman hampir sama dengan flagship, build quality Pixel 9a tak terasa premium macam flagship. Hakikatnya Google Pixel 9a memang bukan flagship. Ini adalah antara keluaran terbaik Google, lebih-lebih lagi pada tanda harga bermula RM2,699! Tidak mustahil untuk smartphone ini akan menjadi standout dalam kategori mid-range.