Hisense Bawa Masuk TV 116″ RGB-MiniLED Pertama di Dunia!

Barisan Produk Baru Yang Padu Gila

Kalau kau memang jenis suka cuci mata dengan barang elektrik baru, confirm akan teruja dengan apa yang Hisense baru announce. Serius, line-up terbaru dia kali ni memang function habis!

TV 116″ RGB-MiniLED Pertama di Dunia 🌈✨

Yes, betul tu – Hisense TV 116 inci dengan teknologi RGB-MiniLED. Ini bukan calang-calang TV sebab:

  • Teknologi RGB-MiniLED local dimming – first in the world untuk mass production.
  • Peak brightness gila – 8,000 nits! Warna memang vivid tahap real, dengan coverage sampai 95% BT.2020 standard.
  • Audio? Jangan main-main. Ada 6.2.2 CineStage X Surround system, dibangunkan dengan kolaborasi Opéra de Paris. Malah menang award “Best Audio Experience” dekat convention tahun ni.
  • Ditenagai Hi-View AI Engine X yang optimize gambar + bunyi secara real time.

Bayangkan, duduk rumah tapi feel dia macam dalam cinema. Skrin Infinity Vision 116 inci ni confirm transform ruang tamu kau jadi panggung wayang.

Hisense QLED Q7Q & Q6Q Series 🎆

Selain TV mega ni, Hisense juga launch QLED TV Q7Q & Q6Q series. Kalau kau nak kualiti gambar cun tapi tak perlukan size monster 116″, ni boleh jadi pilihan yang lebih “mesra ruang tamu”.

Hisense 4K Laser Cinema Projector 🎥

Untuk kaki movie, Hisense ada laser projector 4K. Nak buat home theater? Senang je, projector ni kasi visual tajam + warna hidup. Confirm next level kalau layan Netflix or bola dengan member.

Aircond R332 Inverter ❄️

Tak cukup dengan TV & projector, Hisense pun ada bawa masuk air cond R332 inverter terbaru. Jimat tenaga, sejuk cepat, dan sesuai untuk rumah Malaysia yang panas sentiasa.

Peti Ais & Mesin Basuh Stylish 🤩

Masa event, aku sempat usha barisan peti ais Hisense – ada yang siap pintu cermin! Maybe aku biased sikit sebab rumah aku memang pakai Hisense fridge juga haha.

Lagi best, line-up mesin basuh dia pun macam-macam:

  • Top load & front load
  • Ada design aesthetic
  • Ada yang 3 pintu
  • Malah ada model boleh stack dengan dryer terus. Praktikal gila kalau rumah kecik.

Hisense Naik Level! 🚀

Dari TV RGB-MiniLED 116 inci pertama di dunia sampai ke projector, air cond, peti ais dan mesin basuh – Hisense memang tunjuk dia serious nak conquer market.

Kalau kau tengah plan nak upgrade rumah dengan barang elektrik baru, memang worth consider produk-produk Hisense ni. Bukan setakat power dari segi teknologi, tapi design pun makin moden & aesthetic.