iPhone 16 vs iPhone 16e: Berbaloi ke Beli ‘Bajet’ Version yang Still Tak Murah?

Perbezaan antara iPhone 16 iPhone 16e.

Intro
Apple umum satu model ‘bajet’ dalam siri iPhone 16 – iPhone 16e. Tapi masalahnya, walaupun Apple panggil “bajet,” harga dia masih tak mesra poket! Jadi, apa beza dua model ni, dan yang mana lebih berbaloi untuk dibeli? Jom kita bandingkan!

1. MagSafe: Ada atau Tak Ada?

🔹 iPhone 16: Ada MagSafe – boleh guna aksesori macam wallet, charger magnetik, dan lebih mudah lekat kat wireless charger.
🔹 iPhone 16e: Tiada MagSafe – so, kalau suka guna aksesori MagSafe, kena fikir dua kali.

Kalau jenis malas cucuk kabel, MagSafe ni memang penyelamat. Tapi kalau tak kisah cas biasa, mungkin bukan deal-breaker untuk korang.

* Penting ke MagSafe untuk korang?

2. Cip A18: Power Sama, Tapi Ada Bezanya!

🔹 iPhone 16: Guna A18 dengan 5-core GPU – grafik lebih lancar, sesuai untuk gaming & editing.
🔹 iPhone 16e: Guna A18 dengan 4-core GPU – still laju, tapi kurang power sikit berbanding abang dia.

Bezanya mungkin tak ketara untuk pengguna biasa, tapi kalau jenis suka gaming berat atau edit video, iPhone 16 lebih mantap.

3. Bateri: 26 Jam vs 27 Jam – Bezanya Ciput!

🔹 iPhone 16: Tahan 27 jam untuk tontonan video.
🔹 iPhone 16e: Tahan 26 jam, lebih 1 jam je.

Tak banyak beza, tapi still satu point untuk iPhone 16e. Kalau sehari tak sempat cas, kedua-duanya masih boleh bertahan.

4. Modem: Internet Lagi Pantas & Stabil

🔹 iPhone 16: Ada modem yang lebih canggih untuk internet lebih laju dan stabil.
🔹 iPhone 16e: Kurang sedikit dari segi kelajuan download dan upload, tapi kurang makan bateri.

Kalau selalu kerja guna data, main game online, atau tengok video HD tanpa WiFi, iPhone 16 ada kelebihan dari segi kelajuan internet. Sayang bateri? iPhone 16e jawapannya.

5. Kamera Control Button – Lebih Mudah Tangkap Gambar!

🔹 iPhone 16: Ada button khas untuk kawal kamera – macam butang shutter DSLR!
🔹 iPhone 16e: Tak ada butang ni.

Kalau jenis suka ambil gambar atau rakam video, butang ni memang best untuk tangkapan cepat.

* Antara features yang function bila guna kamera.

6. Kamera: Sistem, Ciri & Zoom Lebih Power

🔹 iPhone 16: Ada kamera lebih baik dengan optical zoom & ciri pro.
🔹 iPhone 16e: Kamera masih bagus, tapi kurang ciri premium kerana menggunakan 2 style camera dalam 1 lens.

Kalau suka ambil gambar atau rakam video TikTok yang crisp dan detail, iPhone 16 pilihan lebih baik.

7. Dynamic Island vs Notch – Nampak Beza Ke?

🔹 iPhone 16: Dynamic Island – lebih interaktif, nampak futuristik.
🔹 iPhone 16e: Masih guna notch lama.

Kalau nak feel iPhone lebih premium dan moden, Dynamic Island memang win. Tapi kalau tak kisah dengan notch, boleh skip.

8. Reka Bentuk: Color-Infused Glass Back

🔹 iPhone 16: Guna color-infused glass back – lebih tahan calar & warna lebih deep.
🔹 iPhone 16e: Dua pilihan warna sahaja, hitam dan putih.

Takde la beza besar, tapi bagi yang suka berwarna, iPhone 16 lebih menarik.

* Apple fokus nak jual casing untuk 16e.

9. Harga: RM1,000 Beza, Tapi Berbaloi ke?

Bezanya hampir RM1,000 antara dua model ni. Jadi, adakah berbaloi bayar lebih untuk iPhone 16 atau jimat sikit untuk versi ‘bajet’ iPhone 16e ni?

Kesimpulan: iPhone 16 vs iPhone 16e, Yang Mana Berbaloi?

Pilih iPhone 16 kalau:
✔️ Nak full experience dengan ciri premium seperti Dynamic Island, MagSafe & kamera lebih power.
✔️ Perlukan prestasi terbaik untuk gaming, editing & internet lebih pantas.
✔️ Tak kisah tambah RM1,000 untuk pengalaman yang lebih mantap.

💰 Pilih iPhone 16e kalau:
✔️ Nak jimat duit tapi still dapat performance iPhone terbaru.
✔️ Tak kisah dengan notch & tiada MagSafe.
✔️ Kamera dan skrin cukup okay untuk kegunaan harian.

Jadi, korang team iPhone 16 atau iPhone 16e? Share artikel ni kalau bermanfaat! 🚀

Dapatkan iPhone 16 di sini.