Apple baru je announce iPhone 16e!
ini mungkin iPhone paling mampu milik untuk dapatkan Apple Intelligence tanpa perlu jual buah pinggang 😆 ? Jom kita kupas satu-satu tentang iPhone 16e!
Spesifikasi Utama iPhone 16e 📱⚡
- Skrin 6.1 inci – Saiz sama macam iPhone 15 & 15 Pro.
- Cip A18 – Performance mengkagumkan dan digandingkan dengan C1 chip yang membolehkan korang dapat 5G yang lebih pantas & jimat bateri.
- USB-C – Tapi sayangnya, MagSafe tak ada. Wireless charging masih ada, tapi Apple tak bagitahu kelajuan dia macam biasa.
- Bateri ‘Breakthrough’ – Apple claim bateri tahan lama tapi macam biasa juga, tiada nombor kapasiti bateri didedahkan.

* 1 biji mata, tiada pulau dan dahi luas.
Kamera: 48MP Tapi Satu Je? 📸
Walaupun hanya ada satu kamera belakang, iPhone 16e guna teknologi 2-in-1 Fusion Camera 48MP – maknanya walaupun fizikalnya satu, kualiti gambar tetap power! Untuk selfie pulak, kamera depan dia sama macam semua model iPhone 16.
Oh, dan satu benda kena take note – gesture camera control tak ada dan tida juga lens wide angle. Tak boleh la nak 0.5 lepas ni 😢

* Korang team mana? Putih, hitam atau casing?
Warna? Hitam & Putih Aje? 🤨
Ye betul, iPhone 16e hanya ada dua warna: Hitam & Putih. Kalau nak lebih ‘meriah’, Apple ada jual casing berwarna-warni – biasalah Apple, everything kena beli asing. 😂

* Home Button dah boleh bersara dari berkerja dengan Apple dan fokus karier lakonan dalam drama siri Korea, Squid Game.
Butang Action, Tapi Bye-Bye Home Button 😭
Ada Action Button tapi kita kena ucapkan RIP kepada Home Button. Apple secara official tidak lagi menjual smartphone yang ada Home Button.
Keselamatan 🛑
Apple masih letak Crash Detection dan Satellite SOS untuk kecemasan – tapi availability bergantung pada negara. Kalau negara korang support, ni boleh jadi lifesaver!
Harga & Storage 💰
Ini part paling penting! Harga iPhone 16e bermula dari $699 (RM2999) untuk 128GB. Ada juga model 256GB (RM3499) dan 512GB (RM4499).
Kalau compare dengan iPhone SE, beza harga dalam $150 (lebih kurang RM700), tapi dengan ciri yang jauh lebih power. Dan kalau nak dibandingkan dengan iPhone 16 biasa, iPhone 16e RM1000 lebih murah!
Bila Boleh Beli? 📅
- Pre-order: 21 Februari 2025
- Available: 28 Februari 2025

* Semua features iPhone 16e.
Jadi, untuk korang yang pakai iPhone SE3, iPhone 11 atau model lama yang tak support Apple Intelligence, iPhone 16e adalah pilihan paling murah untuk upgrade.
Tapi dengan semua yang telah kita rungkaikan ni – berbaloi ke? Atau lebih baik tambah duit sikit untuk iPhone 16? Boleh comment di video iPhone 16e Bay Bay Media yang akan diupload Khamis 20 Februari, di mana-mana platform.