Spesifikasi & Features Baru!
Baru je Apple lancarkan iPhone 17, tapi macam biasa — dunia tech ni laju gila, dah keluar pula rumours pasal iPhone 18. Untuk peminat Apple kat Malaysia, ni antara point penting yang tengah jadi bualan sekarang.
1. Cip Baru A20 Pro – 2nm Teknologi Power!
Tak pelik kalau iPhone 18 akan guna cip terbaru A20 Pro yang dibina atas teknologi 2nm. Lagi kecil, lagi jimat tenaga, lagi laju. Expect performance memang mantap untuk gaming, editing, atau apa-apa multitasking berat.
2. Modem C2 – Internet Lagi Pantas
Tahun ni Apple dah start guna Modem C1, tapi untuk iPhone 18 khabarnya akan lompat ke Modem C2. Apa maksudnya? Senang cerita, internet mobile lebih pantas, lebih stabil. Kalau suka streaming, gaming online atau kerja on-the-go, memang akan rasa beza.
3. RAM 12GB Untuk Model Pro
Kalau sebelum ni ramai komplen iPhone RAM tak besar macam Android, kali ni ada berita baik! iPhone 18 Pro & Pro Max dijangka datang dengan RAM sampai 12GB. Fuhh, smooth habis la buka banyak apps serentak.
4. Kamera Guna Sensor Samsung
Bahagian kamera memang selalu jadi highlight. Untuk iPhone 18 Pro, Apple dikatakan akan guna Samsung Image Sensor. Maksudnya kamera:
- lebih responsif,
- kualiti gambar lebih sharp & natural,
- low-light performance pun padu.
Ada juga rumours kata kamera belakang akan ada Variable Aperture — so kita boleh kawal cahaya yang masuk, macam kamera DSLR & mirrorless.
5. Kamera Depan Under-Screen + Face ID Baru
Ini yang paling hype! Untuk iPhone 18 Pro & Pro Max, kamera depan katanya akan diletakkan dekat bucu atas belah kiri dan guna teknologi under-screen Face ID. So screen lebih clean, no more notch yang ganggu pemandangan.
Walaupun ni semua masih rumours iPhone 18, tapi nampak gaya Apple memang tengah push habis-habisan untuk bagi experience premium pada pengguna. Dari cip 2nm, RAM besar, sampai kamera under-screen — memang nampak futuristic habis.

