VIVO X200 Ultra > iPhone 16 Pro Max?
Selama ni kalau cakap pasal video quality, semua akan angkat iPhone. Tapi sekarang game dah berubah. Masuk tahun 2024, dua model flagship dari Vivo iaitu Vivo X100 Ultra & Vivo X200 Pro dah mula menggegarkan arena fotografi dan videografi smartphone.
Dan nanti, bila Vivo X200 Ultra dilancarkan bulan April atau Mei 2025 ni — based on semua leaks & rumors — confirm dia akan tapau semua phone lain dalam pasaran dari segi kualiti rakaman video. 🔥

Kenapa Vivo X200 Ultra Boleh Jadi Raja Video Baru?
1. 📷 Sensor Kamera Besar Gila (Oversized Sensor)
Kalau sensor kamera makin besar, hasil gambar dan video jadi makin detail, low light pun power. Vivo X200 Ultra dikatakan akan guna sensor lebih besar dari biasa, yang buatkan rakaman lebih terang, tajam dan cinematic.
2. 🧠 Dual Imaging Chip – Otak Kamera Berganda
Kamera dalam Vivo X200 Ultra bukan sekadar harapkan chipset biasa, tapi ada 2 imaging chip khas yang bantu proses gambar dan video jadi lebih smooth, dynamic range lebih luas, dan warna pun lebih natural. Ini yang buat dia next level.
3. 🎥 Rekod Video 4K 120fps – Slow-mo Pun Padu!
iPhone sebelum ni rekod 4K 60fps pun dah orang puji. Tapi Vivo X200 Ultra akan push lagi ke hadapan dengan 4K 120fps. Bayangkan slow-motion video 4K yang super smooth — padu gila untuk content creator, TikTokers, YouTubers.
4. 🔄 Tukar Antara Lens Lebih Smooth
Satu lagi killer feature — bila kita tukar dari wide ke ultrawide ke telephoto, transition antara lens jadi smooth macam butter. Takde lagi jerky movement atau delay masa rakam video.
Vivo vs iPhone – Siapa Lagi Power untuk Video?
Kalau ikut review dan comparison video sekarang:
✅ Dari segi gambar: Vivo X100 Ultra & X200 Pro dah banyak kalahkan iPhone.
✅ Dari segi video: Dah ramai reviewer kata Vivo punya hasil lebih natural, dynamic dan cinematic.
✅ Bila X200 Ultra keluar: Besar kemungkinan Vivo akan pegang takhta “Best Smartphone for Video Recording 2025”.

Apple kena kerja keras sikit lepas ni kalau nak kejar balik dari segi rakaman video. Dengan semua upgrade & inovasi yang Vivo buat, terutama dalam model X200 Ultra — nampak macam game dalam dunia mobile videography dah berubah arah.