MacBook Neo: Apa Yang Kurang?

Biar lebih jelas.

Bila Apple lancarkan MacBook Neo, ramai terus teruja sebab harga dia memang rendah untuk standard Apple — sekitar $599 (~RM2499). Tapi untuk capai harga tu, Apple sebenarnya potong beberapa feature penting. Jadi sebelum beli, ini beberapa benda yang korang tak akan dapat pada MacBook Neo.

1. Tiada Chip M-Series

MacBook Neo bukan guna chip Mac biasa. Ia guna Apple A18 Pro, chip yang asalnya dari iPhone. Chip ni ada:

  • 6-core CPU
  • 5-core GPU
  • 16-core Neural Engine

Performance untuk kerja ringan memang okay, tapi untuk kerja berat seperti editing video atau coding kompleks, ia tak sekuat cip M-series pada MacBook lain.

2. RAM Terhad (8GB Sahaja)

MacBook Neo hanya datang dengan 8GB unified memory tanpa pilihan upgrade. Mungkin cepat rasa limit.

3. Storage Maksimum 512GB

Pilihan storage cuma 256GB dan 512GB. Yang 512GB dapat sekali Touch ID.

4. Tiada Fast Charging

MacBook Neo hanya datang dengan 20W USB-C charger. Ia juga tak support fast charging, sesuatu yang ada pada model MacBook lain.

5. Keyboard Tak Ada Backlight

Ini agak mengejutkan sebab hampir semua MacBook lama pun ada feature ni. Selain itu tiada juga Force Touch trackpad yang membuatkan siri MacBook lain diminati ramai.

6. Port Sangat Terhad

MacBook Neo hanya ada:

  • 1 × USB-C (USB 3)
  • 1 × USB-C (USB 2)
  • headphone jack

Tiada:

  • Thunderbolt
  • MagSafe charging

Semua ni biasanya ada pada MacBook lain

7. Skrin Biasa Sahaja

Walaupun guna 13-inch Liquid Retina display, ada beberapa limit:

  • brightness sekitar 500 nits
  • warna sRGB sahaja

Ia juga tak ada teknologi paparan lebih advanced seperti yang ada pada MacBook premium.

MacBook Neo sebenarnya dibuat untuk pengguna basic seperti:

  • pelajar & guru
  • kerja office ringan
  • browsing & streaming

Untuk capai harga murah, Apple buang beberapa feature sebab tu MacBook Neo lebih kepada entry-level Mac untuk orang yang nak masuk ecosystem Apple dengan bajet rendah. Korang akan dapat experience MacOS walaupun guna chip iPhone. Bukan iOS atau iPadOS.