Nintendo Switch 2 Bakal Naik Harga? Berbaloi Ke?

Nintendo Switch 2 makin dekat!

Ada berita tentang Nintendo Switch 2 yang mungkin buat korang fikir dua kali. Harga dia dijangka naik! 😱

Berapa Harga Nintendo Switch 2?

Nintendo Switch pertama dulu keluar dengan harga sekitar $299 (~RM1300+). Tapi untuk model terbaru ni, Nintendo Switch 2 dijangka berharga $399 (~RM1750+)! Dan tu pun belum kira cukai kalau masuk Malaysia. Fuhhh, makin mahal weh! 💸

Kenapa Harga Naik? 🤔

Tak lain tak bukan, sebab hardware lebih power! Nintendo Switch 2 dijangka ada grafik lebih mantap, prestasi lebih laju, dan mungkin skrin lebih cun. Dan kita tidak bolah abaikan masalah inflasi yang berlaku di peringkat global.

Yang bestnya, boleh main game Switch lama, tapi bukan semua—so kena check game compatibility dulu sebelum beli.

Bila Nak Diumumkan? 📅

Kita kena tunggu event Nintendo Direct pada 2 April nanti. Mungkin ada kejutan lain seperti game eksklusif baru atau ciri tambahan yang buat harga tu nampak lebih berbaloi. 🤯

Jadi, Berbaloi Ke Nak Upgrade? 🎮

Masih terlalu awal untuk kita buat andaian kerana masih banyak lagi tentang Nintendo Switch 2 yang kita belum tahu.

Bay Bay Media tidak pasti dapat membuat coverage tentang Nintendo Direct nanti kerana event tersebut berlangsung pada Aidilfitri ke-3. Kami cuba yang terbaik selepas kembali dari bercuti.