Nintendo Switch 2 Malaysia: Harga, Tarikh, Spesifikasi & Game Baru 2025

Harga, tarikh, specs dan games.

Assalamualaikum geng! Maaf ler baru nak up cerita pasal Nintendo Switch 2 ni. Last week cuti raya sakan, open house kiri kanan, badan pun baru recover sikit ni 😂 Tapi takpe, janji info ni panas-panas terus sampai kat korang!

Nintendo dah officially umumkan Nintendo Switch 2 (NS2) dan yes, pre-order start 9 April ni! Barang sampai 5 Jun 2025, jadi standby duit siap-siap! Harga? Dalam RM2000++ macam tu. Kalau korang convert direct dari USD. Tapi bab cukai dan tarif tu belum confirm lagi. Tunggu update.

Apa Yang Best Dengan NS2?

  • Display lebih besar – 7.9 inci, 1080p resolution.
  • Dock support 4K – so boleh main atas TV lawa korang tu.
  • Nak main sampai 120fps pun boleh, asalkan korang set kat 720p.
  • Guna LCD screen – tapi bukan LCD cikai! Ada HDR beb!
  • LCD NS2 ni siap ada comparison dengan OLED Switch lama, dan surprisingly, NS2 punya LCD jauh lebih cun!

Joycon Baru = Next Level

  • Joycon pakai magnet, lekat macam Iron Man punya suit.
  • Boleh function sebagai mouse – productivity naik level.
  • Ada 3D Audio, noise cancelling mic, dan stand terus built-in.
  • Storage besar – 256GB ready, tak payah upgrade awal-awal.

Jenis Game Korang Boleh Main

  1. Game NS2 original
  2. Game NS1 (selected titles) – bukan semua, tapi still nice.
  3. Game NS2 Edition – upgrade dari game NS1 untuk NS2.

Antara Game Yang Confirm Akan Masuk

Nintendo Direct hari tu dah umum beberapa title besar:

  • Mario Kart World
  • NS2 Welcome Tour (paid tak macam Astro Bot kat Playstation)
  • Project 007
  • The Duskbloods – dari FromSoftware, exclusive NS2 je!
  • Kirby Air Riders
  • Donkey Kong Bananza
  • Game besar lain macam Cyberpunk, Hogwarts Legacy, WWE 2K25 dan banyak lagi!

Feature Menarik Lain

🎮 Gameshare

Nak jimat duit beli game? Gameshare available untuk selected titles! Kawan korang beli, korang pun boleh main sekali – online terus dari Switch masing-masing. Even korang pakai Switch Lite, still boleh join geng NS2 ni!

🎤 Gamechat

Macam Discord versi Nintendo – ada gamechat lebih interaktif. Tapi kualiti chat & stream tu… kadang-kadang questionable sikit la bila korang guna camera. Yang potong: Percuma sampai 1 April 2026 je! Lepas tu, mungkin kena bayar.

Kesimpulan

Nintendo Switch 2 nampak macam satu evolution besar dari Switch lama. Dari skrin, grafik, fungsi joycon sampai ke features game & gamechat – semua upgrade habis-habisan!

So, kalau korang kaki game tegar, NS2 ni memang wajib ada dalam koleksi. Jangan lupa pre-order 9 April ni, sebelum kehabisan stock!