“OnePlus 13 Mini” dengan Skrin 6.3 Inci? Mini Ke Ni?! 🤔

Perancangan flagship OnePlus yang seterusnya selepas OnePlus 13 keluar Januari lepas.

OnePlus nampaknya tengah bersiap sedia untuk buat kejutan dengan telefon bersaiz “mini”—tapi ada satu benda yang buat kita garu kepala… Skrin 6.3 inci?!

Mini Phone, Tapi Besar? 🤯

Seriuslah OnePlus?! Tahun 2025 masih ada brand nak buat telefon ‘mini’, tapi skrin 6.3 inci?! Dulu kita ada iPhone 13 Mini, Zenfone 9—semua bawah 6 inci. Tapi sekarang ‘mini’ makin membesar! Adakah ini sekadar gimik pemasaran atau memang pengguna nak skrin besar walaupun dalam kategori “kecil”?

* Adakah OnePlus akan kekalkan reka bentuk yang sama untuk versi 13 mini?

Specs Memang Padu! 🔥

Walaupun isu saiz boleh debat, tak dinafikan spesifikasi telefon ni memang gempak:

  • Skrin: 6.3 inci LTPO OLED, resolusi 1.5K, bezel nipis. Cantik gila!
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite. Confirm lancar, gaming pun puas hati!
  • Kamera: 50MP sensor utama Sony IMX906, 8MP ultra-wide, 50MP periscope telephoto dengan 3x optical zoom. Zoom sampai nampak jerawat crush! 😆
  • Bateri: 6,000mAh tapi OnePlus dikatakan tengah kerja bateri 6,500mAh – 7,000mAh untuk model akan datang. Gila weh, dulu 4,000mAh pun dah cukup!

* Atau OnPlus akan bawakan reka bentuk yang berbeza?

Adakah Mini Phone Masih Relevan?

Dengan specs macam ni, jelas yang OnePlus cuba buat ‘mini’ phone tanpa kompromi. Tapi persoalannya, adakah kita masih perlukan telefon kecil? Atau sebenarnya kita semua dah selesa dengan flagship bersaiz 6.7 inci ke atas?

Bagi yang rindukan phone kompak, mungkin ini berita baik. Tapi kalau skrin dah 6.3 inci, rasanya dah tak banyak beza dengan flagship biasa. So, mini ke tak mini ni?!