TV Q6C 98” dan lain-lain
Baru-baru ni, aku sempat luangkan hujung minggu kat Mytown untuk satu event pelancaran produk terbaru daripada TCL. Kali ni memang lain macam sebab TCL berkolaborasi dengan TikTok Shop untuk perkenalkan barisan produk terkini mereka – dan macam biasa, fokus utama tetap pada TV berteknologi tinggi yang jadi signature dorang.

TCL Q6C – TV Flagship Dalam Q Series
Kalau korang kaki gaming atau kaki Netflix, memang wajib tengok model terbaru TCL Q6C. TV ni tergolong dalam flagship Q series mereka. TV impian aku pun aku terjumpa kat sini, yang 98 inci dalam Q series juga. Ada refresh rate 144Hz, memang sesuai gila untuk sesi gaming padu – aku sendiri sempat test main FIFA kat event tu dan tengok orang main Gran Turismo 7, memang smooth habis.
Bestnya TV TCL ni, harga memang berbaloi, kualiti tetap tip top, dan warranty 2 tahun onsite. Tak payah risau kalau ada apa-apa isu, terus datang baiki kat rumah.
Nak TV Entry Level atau Mid Range? TCL Ada Jawapannya!
Kalau korang tengah cari TV yang lebih bajet atau pertengahan, jangan risau. TCL ada dua lagi line up yang mantap:
- V Series – Untuk pengguna yang baru nak mula explore smart TV, ini pilihan entry level dengan harga mesra poket.
- T Series – Kalau nak sikit up dari basic, tapi tak nak sampai flagship, T Series sesuai sangat untuk kategori mid range.
TCL Kini Luaskan Produk – Bukan Setakat TV Je!
Ramai yang masih tak tahu, tapi sekarang ni TCL dah mula keluarkan produk rumah yang lain juga tau! Antaranya:
- Peti sejuk
- Mesin basuh
- Aircond
Sekarang nak usha dan beli produk TCL semua boleh buat terus dari TikTok Shop! Mudah, cepat, dan ada banyak promo menarik juga kalau bernasib baik.