Rockstar Akan Keluarkan GTA 4 Remastered!

Lepas berjaya keluarkan remastered GTA Trilogy (GTA III, Vice City & San Andreas)

Rockstar Games kini dikatakan tengah prepare untuk remaster GTA IV! Game legendary zaman PS3/Xbox 360 dengan watak ikonik Niko Bellic tu bakal kembali dalam versi yang lebih moden dan padu! Liberty City bakal hidup balik dengan grafik baru yang lagi mantap!

Apa yang kita tahu setakat ni?

  • GTA 4 Remastered tengah dalam pembikinan oleh Rockstar.
  • Mungkin akan keluar untuk PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X/S.
  • Visual dinaik taraf, framerate lebih stabil – mungkin siap ada Ray Tracing? 🔥
  • Belum ada tarikh rasmi, tapi ada sumber kata mungkin hujung 2025.

Kenapa Ramai Tak Sabar?

GTA IV dulu underrated – ramai ingat dia “kurang fun” sebab grafik kelam dan fizik realistik. Tapi bagi peminat tegar, jalan cerita dia antara yang paling deep dalam sejarah GTA. Sekarang, dengan teknologi remastered, kita boleh layan semula dengan visual yang lebih padu!

Rockstar Buat Comeback Lagi?

Lepas GTA Trilogy Remastered, Rockstar nampaknya teruskan trend bagi nafas baru kat game klasik mereka. Siapa tahu lepas ni kita dapat Max Payne, Bully dan lain-lain?