Samsung Umum Galaxy S25 FE & Galaxy Tab S11 Series

Slim, Ringan, Power & Banyak AI Features!

Samsung umum pelancaran Galaxy S25 FE dan Galaxy Tab S11 series (termasuk Galaxy Tab S11 Ultra). Kalau sebelum ni ramai suka versi FE sebab harga lebih “friendly”, kali ni lagi padu dengan upgrade bateri, skrin AMOLED power dan ciri AI yang makin gila best. 🔥

Samsung Galaxy S25 FE – Slim Tapi Bateri Lagi Besar 🚀

Samsung Galaxy S25 FE datang dengan rekaan lebih slim & ringan berbanding S24 FE. Walaupun body lebih nipis, bateri dia actually lebih besar – 4,900 mAh. Nice move!

  • Skrin: 6.7” Dynamic AMOLED 2X
  • Refresh Rate: 120Hz
  • Perisian: One UI 8 (out of the box)
  • AI Features: Macam-macam, plus dapat 6 bulan percuma Google AI Pro 🧠
  • Harga: Start dari RM3,099
  • Tarikh jualan: 19 September 2025

Serius best, sebab AI integration makin smooth. Boleh kata ni antara FE paling berbaloi untuk power user yang nak performance, skrin cun, bateri tahan lama tapi harga tak terlalu “flagship”.

Galaxy Tab S11 & S11 Ultra – Power Macam Laptop! 💻✨

Untuk siri tablet, Samsung umum Galaxy Tab S11 Ultra dan Galaxy Tab S11. Bezanya saiz:

  • Tab S11 Ultra: 14.6”
  • Tab S11: 11”

Dua-dua fokus pada body slim & ringan, dan pakai Dynamic AMOLED 2X dengan 120Hz refresh rate. Dah tentu display memang cun habis untuk Netflix, gaming ataupun kerja.

Feature menarik Galaxy Tab S11 Series:

  • Quad Speaker – bunyi padu, lagi sedap layan movie 🎬
  • 3nm Processor – first time untuk Galaxy Tab series, power gila!
  • Support Ray Tracing untuk gaming 🔥
  • Resizable Windows – multitasking jadi lagi senang
  • Gemini AI Integration – boleh faham screen yang kita share, memang futuristic 😎
  • S-Pen termasuk dalam kotak (tak payah beli asing, yes!) dan kali ni tak perlu charge – bateri unlimited style

Harga & Tarikh Release:

  • Galaxy Tab S11 Ultra: dari RM5,999
  • Galaxy Tab S11: dari RM3,899
  • Tarikh mula jual: 19 September 2025

Kalau korang tengah plan nak upgrade phone atau tablet tahun ni, Samsung Galaxy S25 FE dan Galaxy Tab S11 Series memang nampak berbaloi. FE kali ni lagi slim tapi bateri tahan lama, siap ada AI features canggih. Untuk tablet pula, S11 Ultra memang boleh jadi pengganti laptop terus dengan performance padu dan S-Pen percuma.

👉 Jadi, tandakan kalendar korang – 19 September 2025 adalah tarikh rasmi untuk dapatkan semua device baru ni di Malaysia!