Smartphone Terbaik 2025

Pilihan Bay Bay Media.

Kalau kau tengah cari smartphone terbaik 2025, nahh ini dia senarai pilihan khas daripada Bay Bay Media — versi santai, jujur, dan friendly untuk semua kaki gadget. Tahun 2025 memang meriah dengan banyak fon power, dari kamera padu sampai bateri tahan lasak.

Kita pecahkan ikut kategori supaya senang nak pilih ikut keperluan kau. Let’s go!

🔥 Smartphone Dengan Kamera Terbaik 2025

Untuk korang yang kaki OOTD, food photography, travel content atau TikTok… ini antara fon dengan kamera paling padu tahun 2025.

Pilihan Bay Bay Media:

  • HONOR Magic8 Pro: zoom jauh tapi masih sharp
  • vivo X300 Pro: details dan warna cantik
  • iPhone 17 Pro: kualiti video masih lagi antara terbaik
  • OPPO Find X9 Pro: gabungan kualiti gambar dan video yang baik

Kalau kau jenis “asal nampak lawa terus snap”, kategori ni memang pilihan terbaik.

🔋 Bateri Paling Tahan & Paling Win

Untuk gamer, kaki scroll TikTok berjam-jam, atau orang kerja yang selalu on-the-go — bateri memang benda paling penting.

Juara bateri 2025 jatuh kepada:

  • HONOR Magic8 Pro
  • OnePlus 15

Kenapa power?

✔ screen on time panjang
✔ pengecasan super laju
✔ tak cepat panas
✔ sesuai untuk daily heavy use

Kalau kau nak fon yang tak perlu cas banyak kali sehari, ini dia pilihan ideal.

🎨 Smartphone Dengan Rekaan & Design Paling Cantik

Fon sekarang bukan sekadar performance je — design pun kena stylish. Sesuai untuk mereka yang suka fon slim, premium & ringan.

Kategori design terbaik 2025:

  • HONOR Magic V5
  • TECNO Pova Slim
  • iPhone Air
  • Xiaomi 17 Pro Max

Fon yang confirm tak malu letak atas meja café 🤭

💸 Smartphone Paling Berbaloi & Value For Money

Pilihan value terbaik:

  • CMF Phone 2 Pro
  • Google Pixel 9a

👑 Best Overall — Smartphone Terbaik 2025 (Pilihan Utama)

Dan inilah hero sebenar tahun 2025 — fon yang paling seimbang dari segi kamera, performance, bateri & experience.

Top pilihan Bay Bay Media:

  • iPhone 17
  • Samsung Galaxy Z Flip & Fold 7
  • Google Pixel 10 Pro
  • Samsung Galaxy S25 Ultra
  • vivo X300 Pro

Kalau kau nak fon utama paling solid untuk 2025, inilah dia kategori best all rounder!

Setiap fon ada kekuatan masing-masing — dan itu lah yang buat dunia smartphone 2025 jadi lagi menarik 😎