Sony Pulse Elevate Wireless Speaker!

Minimalist, Cun dan untuk Gamers!

Kalau korang tengah cari speaker bluetooth yang sesuai untuk gamers dan nampak classy, memang kena usha Pulse Elevate Wireless Speaker ni. Serius weh, design dia minimalist habis — warna putih clean, bentuk dia moden, dan boleh adjust position ikut suka korang. Letak atas meja setup gaming atau tepi TV pun nampak premium.

⚡ Charging Dock Pun Style, Bukan Biasa-Biasa

Salah satu benda yang buat aku terpegun — charging dock dia pun praktikal. Tak payah nak cucuk kabel sana sini; letak je atas dock, terus charge. Rasa macam guna gadget dari masa depan. 😏

🎮 Senang Tukar Antara PC, PS Portal & PS5

Kalau korang jenis main game banyak platform — PC, PS Portal, PS5 — memang senang gila nak switch. Tak perlu pairing ulang setiap kali. Untuk yang kaki gaming, ini memang life saver.

📱 Bluetooth + Multi-Device Connection

Nak dengar lagu dari phone sambil main game pun boleh! Pulse Elevate ni boleh connect dua device serentak, jadi korang boleh terima call atau buka Spotify tanpa ganggu game audio. Nice kan?

🔊 Sound Quality & Woofer Built-In

Bahagian paling penting — sound quality. Dari spec nampak bass promising sebab ada woofer built-in. Jadi tak perlu risau bunyi flat. Nak layan movie, muzik, atau gaming — hopefully sedap bunyi.

🌌 3D Audio & AI Noise Rejection

Lagi power — dia support 3D audio, so bunyi terasa hidup dan immersive. Kalau tengah gaming, korang boleh tahu musuh datang dari arah mana. Plus, mic dia ada AI noise rejection, yang pandai tapis bunyi bising dari speaker sendiri. So, teammates korang takkan dengar bunyi-bunyi lain atau bunyi wife panggil dari dapur.

💸 Confirm Mahal, Tapi Worth It?

Yup, tak dinafikan harga dia confirm mahal. Tapi bila tengok semua feature ni — design cun, sound macam mantap, AI mic, dan multi-device support — rasanya memang berbaloi untuk yang nak all-in-one speaker yang nampak premium dan bunyi mantap.


Pulse Elevate Wireless Speaker ni bukan sekadar speaker biasa. Ini untuk korang yang nak gabung gaya, teknologi dan kualiti audio dalam satu pakej. Kalau korang jenis cerewet pasal setup dan bunyi, this one might just be your next crush. 💕