12 Februari 2025, Sony telah mengadakan acara State of Play.
State of Play adalah satu event Sony yang memperkenalkan pelbagai video game baharu, tarikh-tarikh penting, DLC dan update menarik untuk para peminat PlayStation. Berikut adalah semua pengumuman yang dibuat untuk State of Play kali ini.

*Tides of Annihilation berjaya mengkagumkan ramai dalam industri konten video game..
🕹️ Video Game Baharu yang Diumumkan
- Warriors: Abyss – Spin-off daripada Dynasty Warriors 🗡
- Tides of Annihilation – Action RPG baharu dengan konsep yang mengiurkan.
- Dreams of Another – RPG dengan gaya seni yang unik.
- Saros – Projek baharu dalam universe Returnal dari Housemarque .
- Five Nights at Freddy’s: Secret of the Mimic – Video game baru dalam siri Freddy’s selepas 2 tahun 👻
🎮 Video Game yang Sudah Diumumkan Tetapi Ada Update Terkini
- Monster Hunter Wilds – Trailer baharu menunjukkan lebih banyak raksasa dan mekanik perburuan.
- Lost Soul Aside – Permainan aksi cool dengan tarikh pelancaran rasmi 30 May 2025.
- Metal Eden – Trailer baharu menampilkan dunia sci-fi yang unik.
- Shinobi: Art of Vengeance – Platformer aksi yang mencabar 🥷🏻
- Onimusha: Way of The Sword – Pendedahan gameplay yang dinantikan peminat siri Onimusha.
- Directive 8020 – Trailer yang memaparkan gameplay dan jalan cerita dengan lebih mendalam.
- Split Fiction – Menghitung hari yang tidak lama lagi untuk keluar di pasaran.
- The Midnight Walk – Style seni tanah liat yang menarik 🌕
- Darwin’s Paradox – Mengembara sebagai seekor sotong 🐙😅
- Sonic Racing: CrossWorlds – Hadir sebagai saingan Mario Kart.

*Pengumuman tarikh Borderlands 4 akan dikeluarkan membuat ramai peminat tidak senang duduk.
🛠 Game Mode, DLC & Tarikh Penting
- Lies of P: Overture DLC – Dunia P yang dilanda salji.
- Dave the Diver: Ichiban’s Holiday DLC – Crossover menarik dengan Like a Dragon 🍣
- Stellar Blade: Nikke Crossover DLC – Stellar Blade akhirnya akan hadir di PC bersama DLC sekitar Jun 2025.
- The Island Mode dalam WWE 2K25 – Mode baharu yang menawarkan pengalaman interaktif secara online buat pemain.
- Borderlands 4 – Peminat Borderlands boleh bersedia untuk 23 September 2025 nanti 🎭
🌅 Permainan Remake & Remastered
- Days Gone Remastered – Menarik tapi dimanakah Bloodborne Remastered 🧟♂️
- Metal Gear Solid Delta: Snake Eater – Kejutan besar untuk State of Play kali ini

*Metal Gear Solid Delta: Snake Eater adalah IP paling besar diumum dalam State of Play kali ini.
State of Play Februari 2025 membawakan pelbagai pengumuman menarik kepada peminat PlayStation. Cukup untuk mengisi masa sebelum tibanya IP yang lebih dinantikan peminat video game seperti Grand Theft Auto VI (GTA6), Ghost of Yotei, Assassin’s Creed Shadows, Wolverine dan Death Stranding 2. Nantikan lebih banyak berita dan ulasan dari Bay Bay Media! 🎮✨