Aksesori yang akan menambat hati peminat Playstation & The Last of Us!
Sempena musim ke-2 The Last of Us April nanti di HBO Max, Playstation dengan kolaborasi bersama Naughty Dog keluarkan Dualsense Limited Edition untuk The Last of Us.

Boleh pre order bermula 14 Mac ni untuk beberapa negara tapi tidak pasti Malaysia dapat akses Pre Order di Playstation Direct ðŸ˜. Kuantiti juga terhad, jadi antara licin disapu peminat luar negara atau scalper 😒.

Sudah pasti ramai yang akan cuba merebut edisi terhad yang ini, namun begitu. Tidakkah pilihan warnanya rasa seperti sedikit bosan kerana hanya bermain dengan hitam dan putih?