Ada 13 video game yang menarik!
Bulan Julai memang bulan yang meriah untuk dunia video game. Dari game yang hardcore macam soulslike sampai la ke sim cozy ala-ala petani hobbit, semuanya ada. Kalau korang tengah cari game best Julai 2025, sini ada senarai game baru yang confirm buat korang excited!
Killing Floor 3 – Akhirnya Keluar Lepas Beta Barai!
Yes, lepas bertahun tunggu dan beta yang tak berapa nak best tu, Killing Floor 3 finally ready untuk full launch. Korang yang suka tembak zombie dengan gaya brutal dan coop, ini wajib try.
Minat Ninja Gaiden? Ragebound Untuk Korang!
Untuk peminat action platformer dan vibe ninja macam Ninja Gaiden, jom layan Ninja Gaiden: Ragebound – game baru yang penuh aksi dan cabaran, memang layan!
Upin & Ipin Universe – Game Malaysia!
Yes, ini bukan mimpi! Dunia Upin & Ipin kini dalam bentuk video game, lengkap dengan suara Malaysia, budaya tempatan dan vibe nostalgic. Wajib support game tempatan ni!

Shadow Labyrinth – Pacman Dalam Dunia Adventure
Bayangkan main game platformer dengan sedikit viba dark, ada Pacman follow kita dekat belakang selaku pengiring.
Grounded 2 – Game Serangga Tapi Lagi Gempak!
Kalau korang suka Grounded, berita baik – Grounded 2 datang dengan dunia yang lagi besar, dan yes… sekarang boleh tunggang semut! Explore hutan mini dari perspektif kecil yang epik.
Tales of the Shire – Game Cozy Dalam Dunia LOTR
Nak chill dan relax? Tales of the Shire adalah sim game cozy berlatar belakang dunia Lord of the Rings. Boleh tanam pokok, buat kuih, dan lepak dalam Shire. Perfect untuk peminat Hobbit.
Wuchang: Fallen Feathers – Soulslike Dalam Dunia Ancient China
Untuk korang yang suka Elden Ring dan Sekiro, ini dia: Wuchang: Fallen Feathers – game soulslike yang penuh seni, sejarah dan cabaran dari dunia China purba.
Eriksholm: The Stolen Dream – Grafik & Setting Memang Wow!
Kalau korang minat game yang penuh naratif dan grafik stail ala filem animasi, Eriksholm wajib ada dalam wishlist. Kisah dramatik dan dunia yang penuh emosi.

Robocop: Rogue City – Unfinished Business Expansion
Untuk peminat Robocop, expansion stand-alone Unfinished Business bawa balik vibe klasik dan aksi tebal. Boleh main tanpa main game asal – memang syok!
Tony Hawk Pro Skater 3+4 – Untuk Kaki Skateboard!
Legend is back! Versi remaster untuk Tony Hawk Pro Skater 3 & 4 akan mengubat rindu korang pada zaman PS2. Visual upgrade, tapi gameplay masih authentic.
Donkey Kong Bonanza – Game Baru Untuk Switch 2 Korang
Nintendo bawa balik Donkey Kong dengan game baru khas untuk Switch 2. Platforming klasik dengan grafik fresh, confirm jadi favorite family.
Mecha Break – Perang Robot Tapi Cool Gila
Kalau korang suka mech battle dan aksi gempak, Mecha Break antara game baru yang tak patut terlepas.
Total Chaos – Survival Horror Yang Scary Lain Macam
Last but not least, untuk peminat game seram, cuba main Total Chaos waktu malam dengan headphone. Vibe dia memang survival horror yang lain dari yang lain. Berani?
Bulan Paling Meriah Untuk Gamer Malaysia?
Dari game indie, AAA, sampailah ke game tempatan, Julai 2025 memang penuh dengan game menarik. Mana satu korang paling hype?