Boleh “Test Drive” Kereta Elektrik Xiaomi
Xiaomi SU7 Ultra – kereta elektrik terbaru dari Xiaomi yang tengah hangat sekarang – dah pun umumkan partnership rasmi dengan Gran Turismo 7! Maksudnya? Kemungkinan besar hujung tahun ni, kita semua boleh “drive” Xiaomi SU7 Ultra dalam game Gran Turismo 7, sama ada korang main kat PS5 ataupun PS4.
“Test Drive” Dari Rumah Je, Tapi Rasa Macam Real
Ramai mungkin akan cakap, “Alah, dalam game je pun. Tak sama la dengan bawak kereta betul…”
Meh sini nak explain sikit – Gran Turismo 7 (GT7) ni BUKAN sekadar video game biasa. Ia adalah driving simulator paling realistik, dibangunkan dengan teknologi fizik dan kejuruteraan yang sangat authentic. Kereta dalam GT7 bukan saja nampak macam real, handling dia pun hampir sama dengan real life!
So bila Xiaomi SU7 Ultra masuk ke dalam GT7 nanti, korang boleh “rasa” sendiri macam mana performance, handling, dan design aerodinamik kereta tu – tanpa perlu keluar duit ratus ribu nak beli kereta sebenar. Best kan?
GT7 bukan main-main. Game ni dibina dengan kerjasama dari engineers automotif sebenar, dan data fizik sebenar dari dunia nyata digunakan untuk hasilkan pengalaman memandu yang hampir sempurna.
So, bila Xiaomi collaborate dengan GT7, itu bukan setakat marketing je – itu menunjukkan betapa seriusnya Xiaomi dalam dunia automotif elektrik.
Kemasukan Xiaomi SU7 Ultra ke dalam GT7 bukan saja buat peminat automotif teruja, tapi juga buka peluang untuk gamers yang tak mampu atau tak sempat test drive kereta ni secara fizikal. Boleh try dalam dunia maya dulu, kot-kot nanti boleh buat decision nak beli yang sebenar. Hehe!
So, kepada semua kaki racing, gamers, dan peminat tech – bersedia untuk kehadiran Xiaomi SU7 Ultra dalam Gran Turismo 7 hujung tahun ni. Tak kisah PS5 atau PS4, yang penting korang bakal jadi antara yang terawal “test drive” kereta elektrik Xiaomi ni – dalam dunia maya.
Jangan pandang rendah pada simulator. GT7 dah terbukti antara yang paling tepat dan realistik, dan Xiaomi pun nampaknya dah ready nak conquer dunia automotif, bukan smartphone je!