4 Cara Mudah Manfaatkan Ramadhan Dengan Gajet 📱✨

Tinggal kurang dari 10 hari je lagi sebelum Syawal tiba!

Ramadhan ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga je, tapi juga bulan untuk gandakan pahala dan amalan baik. Kalau korang jenis yang sibuk dan selalu guna gajet, tak perlu risau! Ada cara mudah untuk manfaatkan teknologi sambil kumpul pahala. Jom tengok! 👇

1️⃣ Kongsi 1 Kebaikan di Media Sosial Zakat!

Paling simple, korang boleh share sesuatu yang bermanfaat di IG Story, WhatsApp Status, X atau Threads. Contohnya, hadis pendek, kata-kata motivasi Islamik atau tips ibadah.

Kenapa? Sebab kalau ada yang baca dan amalkan, korang pun dapat pahala mengalir! Senang kan? Impaknya besar.

2️⃣ Cara Mudah & Jimat Untuk Tunaikan Zakat Fitrah!

Ramadhan dah nak sampai ke penghujung, korang dah bayar zakat fitrah ke belum? Kalau belum, tak perlu risau sebab sekarang ni sangat mudah untuk tunaikan zakat tanpa perlu keluar rumah! Korang boleh terus ke zakatmalaysia.com dan selesaikan bayaran dalam beberapa minit sahaja.

✅ Jimat masa, petrol & tenaga! ✅ Sah & cepat! ✅ Pahala berganda dalam bulan Ramadhan!

Jangan tangguh-tangguh, sebab zakat fitrah ni wajib untuk semua Muslim yang berkemampuan. Lagi cepat bayar, lagi tenang hati!

3️⃣ Dengar Al-Quran Sambil Buat Kerja 🎧

Kalau korang sibuk kerja atau tengah dalam perjalanan, cuba dengar bacaan Al-Quran melalui Spotify, YouTube atau aplikasi Quran. Guna earbuds jika tak boleh buka pada volume yang tinggi. Tak sempat baca pun tak apa, sebab dengar pun dah dapat pahala!

Jangan lupa niatkan dalam hati untuk dekatkan diri dengan Allah. InsyaAllah, hati pun lebih tenang.

4️⃣ Tanya ChatGPT Tentang Islam 🤖

Pernah cuba tanya AI pasal Islam? Korang boleh buka ChatGPT dan taip “Teach me 1 thing about Islam” – boleh dalam Bahasa Melayu juga!

Kalau nak lebih spesifik, boleh tanya tentang Sirah Nabi, Akidah, Tafsir Quran atau kisah-kisah sahabat. Lagi banyak belajar, lagi bertambah ilmu dan kefahaman kita tentang agama.

Kesimpulan

Zaman sekarang, semuanya di hujung jari. Dari bayar zakat, kongsi kebaikan, dengar Al-Quran, sampai belajar ilmu baru – semuanya boleh dibuat dengan hanya guna gajet yang ada. Tak ada alasan lagi untuk tak manfaatkan Ramadhan sebaiknya! 😍

Jom sama-sama kita tingkatkan amalan & ibadah sebelum Ramadhan berakhir. Semoga setiap usaha kecil kita ni dikira sebagai pahala besar di sisi Allah. Aamiin! 💖

📌 Dah bayar zakat fitrah? Kalau belum, cepat ke Zakat Malaysia!