AirPods 5, Apple Watch Series 12 dan Apple Watch Ultra 4.
Selain iPhone 18 Pro dan iPhone Duo, Apple sebenarnya turut umum beberapa produk menarik minggu lepas. Antaranya ialah AirPods 5, Apple Watch Series 12 dan Apple Watch Ultra 4.
AirPods 5, ANC Lagi Power.
AirPods 5 datang dengan pengalaman audio yang lebih immersive dan dynamic. Apple juga claim ANC sehingga 50% lebih baik berbanding AirPods 4 dengan ANC.
Ada juga ciri baru seperti Volume Swipe, di mana kita boleh swipe pada stem untuk adjust volume. AirPods 5 juga lebih terintegrasi dengan Siri AI, termasuk beberapa fungsi hands-free yang lebih smart.
Cuma satu benda yang agak confusing, Apple ada dua model AirPods 5 dengan nama yang hampir sama. Jadi kena tengok betul-betul sebelum beli.
Apple Watch Series 12
Untuk Apple Watch Series 12, Apple lebih fokus kepada kesihatan dan fitness. Ia datang dengan sistem sensor kesihatan yang lebih baik untuk mendapatkan bacaan badan dengan lebih detail.
Apple juga claim heart rate sensing yang lebih accurate, sementara aplikasi Health mendapat beberapa update baru untuk membantu kita faham data kesihatan dengan lebih mudah.
Satu lagi yang menarik ialah ceramic finish, termasuk warna Pearl White yang nampak memang premium.
Apple Watch Ultra 4
Kalau Series 12 lebih sesuai untuk kegunaan harian, Apple Watch Ultra 4 pula lebih fokus kepada fitness dan aktiviti outdoor. Ia membawa peningkatan dari segi health tracking, performance dan battery life. Memang lebih sesuai untuk yang selalu hiking, running, cycling atau aktiviti outdoor lain.
Jadi, Apa Yang Menarik?
Secara ringkas, Apple kali ni bukan sekadar upgrade iPhone. AirPods 5 jadi lebih smart dan lebih bagus dari segi ANC.
Apple Watch Series 12 pula lebih fokus kepada health tracking dan design. Manakala Apple Watch Ultra 4 masih menjadi pilihan untuk pengguna yang mahukan smartwatch lebih rugged dan tahan lama.
Nampaknya Apple memang semakin serius nak jadikan semua produk mereka lebih smart, personal dan AI-powered. Sekarang tinggal satu benda je…
Wallet kita dah ready ke belum? 😂
