Review HONOR X9d 5G!

Smartphone Terpaling Kebal 2025!

Kalau korang tengah cari smartphone paling tahan lasak, serius… Honor X9d 5G ni memang pilihan tiada tandingan. Bukan setakat tahan air, panas, habuk, paku dan hentaman meriam plasma, tapi siap ada rating IP69K – tahap paling tinggi untuk mana-mana phone sekarang. So kalau jatuh, kena hujan, atau korang jenis lasak outdoor… phone ni confirm steady!


Design Premium + Warna Unik

Paling cantik bila pilih warna Reddish Brown, memang nampak premium & mahal gila. Berat dia dalam 193g, still rasa solid tapi tak terlalu berat nak bawak ke mana-mana. Dari segi design, memang cantik dan ada aura premium.


Skrin AMOLED Cun Melecun

Honor X9d 5G ni guna skrin besar 6.79 inci AMOLED, so warna memang vivid, cun, dan sharp. Brightness dia pulak boleh pergi sampai 6000 nits – so takde masalah nak guna outdoor bawah matahari terik. Smooth gila jugak sebab support refresh rate 120Hz. Nak scroll social media atau gaming, confirm rasa laju dan puas hati.


Prestasi Processor & Gaming

Phone ni datang dengan chipset Snapdragon 6 Gen 4, dipadankan dengan refresh rate tinggi tu. Untuk kegunaan harian, scrolling, multitask, sampai lah gaming – memang smooth.


Bateri Monster 8300mAh

Part paling power – bateri! Honor X9d 5G ada kapasiti 8300mAh, paling besar dalam mana-mana smartphone sekarang.

  • Light use boleh tahan sampai 3 hari.
  • Heavy gaming pun boleh tembus lebih sehari penuh.

Charging pun laju – support 66W fast charging dan ada jugak 7.5W reverse wired charging. Cuma sayang sikit, tak support wireless charging.


Kamera & Kualiti Gambar

Walaupun fokus utama phone ni pada kekebalan, kamera dia still boleh pakai. Ada setup:

  • 108MP wide lens
  • 5MP ultrawide

Zoom boleh tahan, dan gambar still nampak elok. Kalau nak lagi padu, boleh guna AI edit terus dari phone ni. Video pun ok untuk casual use.


Speaker Stereo Kuat Gila

Stereo speaker dia memang kuat! Volume boleh pergi sampai 400%, so kalau nak layan movie, TikTok, YouTube, atau gaming – memang puas hati.


Harga Murah Giler Untuk Spec Macam Ni

Dengan semua feature “gaban” ni, Honor X9d 5G hanya bermula dari RM1499 je. Lagi best, kalau korang pre-order sebelum 9 Oktober, korang akan dapat Honor Pad X7 free! Memang berbaloi gila.

Kalau korang nak cari smartphone terpaling kebal + bateri monster, Honor X9d 5G ni memang antara pilihan terbaik tahun ni. Harga bawah RM1500, tapi dapat full package: design premium, skrin AMOLED cun, bateri tahan lama, performance smooth, dan yang paling penting – lasak gila.

👉 Sesuai untuk kaki outdoor, gamer, atau sesiapa yang selalu “accident” dengan phone. Fang shen! 🚀