Summer Game Fest 2026!

Resident Evil Veronica, Alien Isolation 2, Guild Wars 3 & Banyak Lagi Buat Gamer Tak Duduk Diam!

Kalau korang rasa Summer Game Fest tahun lepas dah cukup padu, tahun 2026 memang datang dengan tenaga yang lain macam. Event kali ni penuh dengan comeback franchise legenda, sequel yang peminat tunggu bertahun-tahun, dan beberapa IP baru yang terus curi perhatian walaupun baru tunjuk cinematic trailer.

Jom kita tengok antara pengumuman paling menarik yang buat ramai gamer terus buka wishlist masing-masing!

Resident Evil Veronica Akhirnya Jadi Kenyataan

Lepas bertahun-tahun peminat minta, Capcom akhirnya umumkan Resident Evil Veronica, remake kepada Resident Evil Code: Veronica yang dilancarkan pada tahun 2000. Game ini dijadualkan keluar pada tahun 2027 dan dibangunkan menggunakan RE Engine yang sama digunakan dalam remake Resident Evil sebelum ini. Claire dan Chris Redfield kembali dalam kisah yang dianggap antara paling penting dalam timeline Resident Evil.

Trailer pertama memang penuh vibe misteri, walaupun gameplay masih belum ditunjukkan. Kalau Capcom maintain kualiti macam Resident Evil 2 Remake dan Resident Evil 4 Remake, ini memang calon Game of the Year awal-awal lagi.

Alien Isolation 2 Buat Comeback Selepas 12 Tahun

Siapa pernah main Alien Isolation mesti faham trauma bersembunyi dalam locker sambil dengar bunyi Xenomorph dekat luar.

Selepas 12 tahun menunggu, Alien Isolation 2 akhirnya diumumkan. Walaupun trailer masih belum mendedahkan banyak perkara, pengumuman ini sahaja sudah cukup buat peminat survival horror melonjak gembira.

Kalau sequel ini berjaya mengekalkan AI musuh yang bijak dan atmosfera seram seperti game pertama, memang susah nak lawan.

Gen Atlas Jadi Dark Horse Event

Antara game baru yang paling mencuri perhatian ialah Gen Atlas.

Dari segi visual, dunia yang dipaparkan nampak unik dan misteri. Tapi yang paling melekat dalam kepala sebenarnya muzik dia. Soundtrack trailer tersebut ada aura yang mendalam dan emosional, membuatkan ramai terus tertanya-tanya apa sebenarnya cerita di sebalik dunia Gen Atlas.

Kadang-kadang trailer tak perlu banyak aksi, cukup dengan vibe yang kuat.

Blood Message Tunjuk Cinematic Yang Memukau

Blood Message hadir dengan cinematic trailer yang memang nampak mahal.

Visual, sinematografi dan penceritaan awal yang ditunjukkan nampak sangat menjanjikan. Cuma sekarang ramai masih tunggu gameplay sebenar sebelum boleh letakkan hype terlalu tinggi.

Kita semua dah belajar satu perkara dalam industri gaming:

“Cinematic sedap belum tentu gameplay sedap.”

Tapi setakat ini, Blood Message berjaya menarik perhatian ramai.

Stranger Than Heaven Ada Snoop Dogg & Tupac?

Ini antara trailer paling random tetapi paling menghiburkan.

Stranger Than Heaven bukan sahaja memaparkan dunia yang unik, tetapi turut mengejutkan ramai apabila muncul figura yang menyerupai Snoop Dogg dan Tupac.

Sama ada ia sekadar cameo, elemen cerita atau sesuatu yang lebih besar masih belum diketahui. Apa yang pasti, internet terus meletup selepas trailer tersebut ditayangkan.

Hitman x Wiz Khalifa? Memang Tak Sangka

Agent 47 memang terkenal dengan crossover pelik-pelik.

Tetapi kali ini kolaborasi bersama Wiz Khalifa memang antara yang paling tidak dijangka. Walaupun butiran masih terhad, ramai peminat dah mula bayangkan misi-misi pelik yang bakal muncul nanti.

Hitman memang tahu macam mana nak buat orang bercakap pasal game mereka.

TMNT: The Last Ronin Nampak Sangat Menjanjikan

Walaupun sekadar teaser pendek, pengumuman Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin oleh PlatinumGames terus mencuri perhatian.

Kalau korang kenal PlatinumGames, korang tahu mereka pakar menghasilkan combat yang laju, stylish dan penuh aksi.

Gabungkan itu dengan kisah The Last Ronin yang lebih gelap dan matang, memang potensi besar untuk jadi antara game aksi terbaik apabila dilancarkan nanti.

Gundam Rogue Orbit Tampil Dengan Visual Gempak

Satu lagi game yang masih bergantung kepada kekuatan cinematic trailer.

Gundam Rogue Orbit berjaya memukau peminat mecha dengan visual skala besar dan pertarungan yang nampak epik.

Namun seperti Blood Message, ramai masih menunggu gameplay sebenar sebelum membuat kesimpulan.

Crossfire Tampil Dengan Grafik Yang Sangat Cantik

Bila trailer Crossfire keluar, ramai terus kagum dengan visual yang ditunjukkan.

Masalahnya sekarang cuma satu.

Boleh ke game sebenar deliver seperti trailer?

Industri gaming sekarang penuh dengan contoh trailer cantik tetapi gameplay biasa-biasa. Jadi kita harap Crossfire mampu buktikan ia bukan sekadar visual semata-mata.

Guild Wars 3 Akhirnya Diumumkan

Ya, korang baca betul.

Guild Wars 3 akhirnya diumumkan secara rasmi selepas bertahun-tahun spekulasi. Pengumuman ini menjadi antara berita terbesar untuk peminat MMORPG di seluruh dunia.

Buat masa ini maklumat masih terhad, tetapi hanya mendengar nama Guild Wars 3 sahaja sudah cukup untuk membuat komuniti MMORPG kembali hidup.

Virtua Fighter Kembali Dengan Crossroads

Selepas sekian lama menyepi, siri fighting legenda ini akhirnya kembali melalui Virtua Fighter: Crossroads.

Dalam era yang dikuasai Street Fighter, Tekken dan Mortal Kombat, menarik untuk melihat bagaimana Virtua Fighter cuba merampas semula perhatian pemain fighting moden.

1666 Amsterdam Dari Otak Di Sebalik Assassin’s Creed

Antara projek yang paling misteri ialah 1666 Amsterdam.

Lebih menarik, projek ini datang daripada pembangun yang mempunyai pengalaman besar dalam siri Assassin’s Creed. Jadi tak hairan ramai terus meletakkan game ini dalam radar masing-masing.

Star Wars Zero Company Untuk Peminat Taktikal

Peminat game strategi pula tidak pulang dengan tangan kosong.

Star Wars Zero Company diperkenalkan sebagai game taktikal berasaskan squad dan strategi. Kalau korang minat XCOM atau Fire Emblem, ini mungkin antara game Star Wars yang patut diperhatikan.

Racing Games Pun Meriah

Genre racing tahun ini nampaknya hidup semula.

Antara yang diumumkan ialah:

  • Hot Wheels Infinite Rush
  • Clutch

Sonic Racing CrossWorlds pula tampil dengan pelbagai kolaborasi yang agak mengejutkan dan nampak seperti mahu bersaing secara serius dalam genre arcade racing.

The Wolf Among Us 2 Akhirnya Kembali

Sudah hampir 8 tahun peminat menunggu.

Akhirnya The Wolf Among Us 2 kembali dengan trailer terbaru dan tanda-tanda bahawa projek ini masih hidup.

Bagi peminat game naratif Telltale, ini mungkin antara comeback paling menggembirakan dalam keseluruhan acara.

Stellar Blade: Blood Rain Nampak Menarik Tapi…

Suka setting dunia yang ditunjukkan dalam Stellar Blade: Blood Rain.

Visual lokasi, suasana dan rekaan dunia memang cantik.

Cuma elemen virus yang diperkenalkan dalam cerita membuatkan rasa nak sedikit berhati-hati. Harap-harap ia ada kelainan dan bukan sekadar mengulangi formula yang kita dah lihat dalam banyak game sebelum ini.

Final Fantasy VII Revelation Tamatkan Trilogi Remake

Square Enix akhirnya mengumumkan Final Fantasy VII Revelation, bahagian terakhir trilogi remake FF7. Lebih menarik, game ini akan dilancarkan secara serentak di pelbagai platform termasuk PlayStation, Xbox, PC dan Switch 2.

Game ini juga akan memperkenalkan dunia yang lebih besar, Highwind yang boleh diterbangkan serta penamat kepada perjalanan Cloud dan rakan-rakan menentang Sephiroth.

Secara keseluruhan, Summer Game Fest 2026 antara showcase paling kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Resident Evil Veronica, Alien Isolation 2, Guild Wars 3, The Wolf Among Us 2 dan Final Fantasy VII Revelation menjadi antara pengumuman terbesar yang mencuri perhatian. Pada masa sama, IP baru seperti Gen Atlas dan Blood Message berjaya mencetuskan rasa ingin tahu yang tinggi.