HONOR X9e Pro Review

Bukan Sekadar Smartphone Kebal!

HONOR X9 Series memang terkenal dengan ketahanan dia. Bab kekebalan dah aku cover dalam video sebelum ni. Kali ni kita tengok pula benda lain yang menarik tentang HONOR X9e Pro.

Design Cantik, Warna Royal Purple!

Warna Royal Purple memang cun, rare dan nampak premium. Siapa kata smartphone tahan lasak tak boleh bergaya? Bab ketahanan pula, telefon ni hadir dengan penarafan IP66, IP68, IP69 dan IP69K.

Skrin AMOLED 120Hz

HONOR X9e Pro menggunakan skrin AMOLED 6.8 inci dengan refresh rate 120Hz. Warna cantik, scroll smooth dan memang best untuk layan video atau media sosial.

Performance dan Gaming

Dengan Snapdragon 6 Gen 5 dan MagicOS 10, prestasi telefon ni okay untuk kegunaan harian dan gaming. Cuma, jangan expect prestasi setaraf flagship.

Bateri 11,000mAh!

Bateri memang bapak besar, iaitu 11,000mAh! Siap ada pengecasan pantas 80W dan reverse wired charging 27W. Memang menarik untuk korang yang tak suka kerap mengecas telefon.

Kamera Ada Improvement

Kualiti gambar menunjukkan peningkatan berbanding apa yang biasa kita harapkan daripada telefon lasak. Tapi kalau kamera keutamaan utama korang, HONOR X9e Pro mungkin bukan pilihan terbaik.

Harga dan Kesimpulan

Dengan harga permulaan RM1,899, HONOR X9e Pro menawarkan design menarik, skrin cantik dan bateri besar dalam sebuah smartphone tahan lasak.

Kalau korang cari telefon yang tahan, bateri besar dan sesuai untuk kegunaan harian, model ni memang boleh masuk dalam senarai pilihan.

Dah kebal, bateri pun bapak besar. HONOR X9e Pro memang fang shen!