Sony State of Play Jun 2026!

Wolverine Mengganas, God of War Laufey Jadi Kejutan Besar & Banyak Lagi!

Sony State of Play Jun 2026 tampil dengan Marvel’s Wolverine, God of War Laufey, Until Dawn 2, Tomb Raider Legacy of Atlantis, Silent Hill Townfall dan banyak lagi. Kalau korang terlepas livestream tu, jom kita tengok pengumuman paling menarik yang mencuri perhatian ramai gamer seluruh dunia.

Marvel’s Wolverine Akhirnya Tunjuk Taring

Kalau ada satu game yang buat ramai orang terus ternganga, memang Marvel’s Wolverine.

Gameplay baru yang ditunjukkan nampak jauh lebih ganas berbanding game superhero biasa. Logan kembali dengan kostum kuning ikonik dan pertarungan kali ini memang brutal habis. Claw terbang sana sini, darah memancut dan vibe dia memang lebih dekat dengan filem Logan berbanding Spider-Man. Boleh kata ini antara calon kuat Game of the Year tahun depan.

MARVEL Tokon: Fighting Souls Nampak Semakin Mantap

Game fighting Marvel yang dibangunkan oleh Arc System Works ni semakin menarik perhatian. Dalam trailer terbaru, beberapa karakter baru diperkenalkan termasuk Magneto, Green Goblin dan Carnage. Visual anime-style yang kemas serta gameplay yang laju buat ramai peminat fighting game terus letak dalam wishlist.

Kalau korang minat Guilty Gear atau Dragon Ball FighterZ, game ni memang wajib pantau.

Rayman Legends Retold Bawa Nostalgia PS2 Dan PS3

Siapa membesar dengan Rayman memang mesti senyum tengok pengumuman ni.

Rayman Legends Retold bukan sekadar remaster biasa tetapi reimaginasi yang hadir dengan visual lebih moden, content tambahan dan beberapa perubahan pada jalan cerita.

Tarikh pelancaran rasmi adalah 1 Oktober 2026.

Ubisoft nampaknya cuba menghidupkan semula salah satu maskot terbaik mereka.

Kemuri Masih Misteri Tetapi Sangat Stylish

Ini antara game yang ramai cakap: “Aku tak faham apa yang berlaku, tapi nampak gempak.” Kemuri hasil studio baru yang diasaskan bekas pembangun Tango Gameworks tampil dengan gaya visual yang sangat unik. Gabungan dunia moden, elemen supernatural Jepun dan aksi pantas menjadikan game ini antara trailer paling menarik dalam showcase walaupun ramai masih blur sebenarnya jalan cerita dia macam mana.

Tomb Raider: Legacy of Atlantis Buat Lara Croft Jadi Lagi OP

Lara Croft kembali dan kali ini dia memburu rahsia Atlantis.

Trailer terbaru menunjukkan skala pengembaraan yang jauh lebih besar daripada reboot sebelum ini. Ada runtuhan purba, kuasa misteri dan paling mengejutkan… dinosaur. Ya, dinosaur. Ramai peminat terus bandingkan game ini dengan era klasik Tomb Raider yang lebih fokus kepada eksplorasi dan misteri.

Namun game ini hanya akan tiba pada Februari 2027.

The Lost Wild: Dinosaur Dalam Dunia Moden Memang Seram

Bayangkan Jurassic Park tetapi korang bukan hero.

The Lost Wild meletakkan pemain dalam dunia moden yang dihuni dinosaur liar dan agresif. Tiada senjata overpowered, tiada superhero. Hanya korang dan naluri untuk hidup. Vibe dia memang mengingatkan kepada Alien Isolation bercampur survival horror.

Dune: Awakening Nampak Semakin Besar

Kalau korang minat survival MMO, Dune Awakening mungkin antara game paling menarik tahun ini.

Trailer terbaru menunjukkan dunia Arrakis yang jauh lebih hidup dengan ribut pasir gergasi, pertarungan skala besar dan eksplorasi padang pasir yang luas. Pelancaran dijadualkan pada 22 September 2026.

Dynasty Warriors 3 Remastered Buat Ramai Gamer Veteran Menangis Gembira

Ini memang serangan nostalgia. Dynasty Warriors 3 Complete Edition Remastered akhirnya diumumkan secara rasmi dengan visual yang dipertingkatkan dan beberapa penambahbaikan gameplay moden.

Bagi gamer PS2, ini antara pengumuman paling menggembirakan dalam keseluruhan acara.

No Rest For The Wicked Sah Ke PS5

Selepas sekian lama pemain PlayStation menunggu, akhirnya No Rest For The Wicked akan tiba di PS5 sekitar Oktober 2026.

Game RPG aksi daripada pembangun Ori ini masih nampak cantik dan brutal seperti yang ditunjukkan sebelum ini.

Onimusha: Way of the Sword Akhirnya Ada Tarikh Release

Capcom akhirnya mengesahkan Onimusha: Way of the Sword akan dilancarkan pada 25 September 2026. Lebih menarik, demo juga sudah tersedia untuk dicuba. Gabungan samurai, demon dan aksi hack-and-slash klasik nampaknya bakal menghidupkan semula siri legenda ini.

Stuntman Is Back!

Antara kejutan terbesar malam itu.

Francais Stuntman yang popular suatu ketika dahulu akhirnya kembali dengan tajuk baru iaitu Stuntman: Hollywood. Konsep asas masih sama iaitu melakukan aksi lagak ngeri paling gila untuk filem-filem blockbuster.

Kalau berjaya, ini mungkin jadi kebangkitan semula salah satu game paling underrated era PS2.

ILL Mungkin Antara Game Horror Paling Menyeramkan Tahun Depan

Serius cakap, trailer ILL memang buat ramai rasa tak selesa.

Visual badan manusia yang berubah bentuk, suasana gelap dan monster yang mengerikan membuatkan ramai membandingkannya dengan Resident Evil, Metro dan sedikit sentuhan The Thing. Kalau studio ini berjaya deliver apa yang ditunjukkan, ILL boleh jadi sleeper hit besar.

Until Dawn 2 Curi Perhatian Ramai Gamer

Ramai peminat horror akhirnya dapat apa yang mereka tunggu selama bertahun-tahun. Until Dawn 2 kini rasmi dan bakal tiba pada 2027. Konsep pilihan pemain yang menentukan siapa hidup atau mati masih dikekalkan tetapi kali ini nampak lebih besar dan lebih menyeramkan.

Boleh dikatakan antara reveal paling mendapat sorakan sepanjang acara.

God of War Laufey: Kenapa Bukan Kratos?

Inilah pengumuman yang paling banyak mencetuskan perbincangan. God of War Laufey akan memfokuskan kepada Faye atau Laufey, isteri kepada Kratos. Terus ada yang bertanya: “Kenapa bukan Kratos? Sony dah jadi woke ke?” Sebenarnya belum tentu.

Santa Monica Studio nampaknya cuba mengembangkan dunia God of War dengan menunjukkan perspektif watak yang selama ini hanya kita nampak dalam cerita.

Sony State of Play Jun 2026 mungkin antara showcase terbaik mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Marvel’s Wolverine nampak mantap, Until Dawn 2 akhirnya jadi kenyataan, Lara Croft kembali dengan dinosaur, Onimusha bangkit semula dan God of War Laufey berjaya mencuri perhatian seluruh internet.