Ini Antara Deal Paling Best Tahun Ni!
Kalau korang tengah cari smartphone flagship baru, mungkin ni masa yang sesuai untuk upgrade. Sebab HONOR baru je lancarkan HONOR Magic V6 di Malaysia dan apa yang buat ramai terkejut bukan setakat spesifikasi dia… tapi hadiah pre-order dia memang luar biasa!
Bayangkan beli telefon, terus dapat Skyworth 43 inci Google TV secara percuma. Ya, korang tak salah baca.
HONOR Magic V6 Kini Rasmi Di Malaysia
Pada acara pelancaran rasmi baru-baru ni, HONOR Malaysia akhirnya mengumumkan harga untuk telefon lipat premium terbaru mereka, iaitu HONOR Magic V6. Harga bermula dari RM7,699.
Untuk kategori telefon lipat flagship, harga ni memang nampak premium. Tapi bila tengok pakej pre-order yang ditawarkan, terus rasa macam berbaloi.
Pre-Order HONOR Magic V6 Dapat TV Google Percuma!
Bagi korang yang buat tempahan awal dari 4 Jun hingga 11 Jun, HONOR bagi beberapa hadiah menarik:
✅ Skyworth 43″ Google TV
✅ 2 Tahun VIP Service & Worry-Free Warranty
✅ Google AI Pro percuma selama 3 bulan
Kalau dikira nilai keseluruhan hadiah ni, memang antara promosi pre-order paling menarik yang pernah HONOR buat untuk pasaran Malaysia.
Jadi kalau memang dah lama plan nak cuba telefon lipat premium, ini mungkin masa terbaik.

Pengguna Apple Pun Boleh Senyum
Ini satu benda yang ramai tak sangka.
HONOR turut memperkenalkan teknologi integrasi rentas platform yang membolehkan pengguna Apple berhubung dengan peranti HONOR dengan lebih mudah. Melalui HONOR AI Connect, pengguna boleh berkongsi fail dan berinteraksi dengan ekosistem Apple seperti iPhone, iPad dan Mac dengan lebih lancar berbanding sebelum ini.
Maksudnya kalau korang sekarang guna:
- AirPods
- Apple Watch
- MacBook
- iPad
tak semestinya kena kekal dengan iPhone.
HONOR Magic V6 hadir dengan sokongan yang lebih mesra pengguna Apple dan boleh menjadi alternatif menarik untuk mereka yang nak cuba telefon lipat tanpa tinggalkan keseluruhan ekosistem Apple.
HONOR MagicPad 4 Turut Dilancarkan
Selain telefon lipat, HONOR juga memperkenalkan tablet flagship terbaru mereka iaitu HONOR MagicPad 4. Harga rasmi:
- 12GB + 256GB – RM3,399
- 16GB + 512GB – RM3,999
Malah untuk tempoh promosi, pembeli turut menerima:
🎁 Keyboard percuma
🎁 HONOR Magic Pencil 4s
🎁 2 Tahun Worry-Free Quality Assurance
🎁 Rebat sehingga RM400 untuk model tertentu
Lebih menarik, MagicPad 4 hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 5, paparan OLED 12.3 inci 165Hz dan bateri 10,100mAh yang memang sesuai untuk kerja, belajar atau layan Netflix sepanjang hari.

Tablet Android Yang Mesra Pengguna MacBook?
Satu lagi ciri menarik pada MagicPad 4 ialah sokongan sambungan dengan peranti Apple termasuk MacBook. HONOR membolehkan pengguna menggunakan tablet ini bersama ekosistem Apple dengan lebih lancar melalui teknologi sambungan rentas platform mereka.
Kalau korang jenis kerja guna MacBook tapi nak tablet Android yang berkuasa, MagicPad 4 mungkin patut masuk dalam shortlist. Oh ye, korang pun boleh guna Linux dalam tablet ni tau!
Edisi Terhad HONOR 600 Pro MOLLY Untuk Pengumpul POP MART
Dan ya, HONOR juga ada satu kejutan khas untuk peminat POP MART.
HONOR mengumumkan HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition, hasil kolaborasi bersama karakter popular MOLLY dari POP MART.
Bagi pengumpul atau peminat designer toys, model ni memang nampak eksklusif dan berpotensi jadi rebutan.

Berbaloi Ke Beli HONOR Magic V6?
Kalau tengok pada pakej yang ditawarkan:
- Telefon lipat flagship premium
- TV Google 43 inci percuma
- Jaminan tambahan 2 tahun
- Google AI Pro percuma
- Integrasi dengan ekosistem Apple
Memang susah nak jumpa promosi yang setanding pada waktu sekarang.
Kalau korang memang tengah survey telefon lipat flagship tahun 2026, HONOR Magic V6 patut berada dalam senarai paling atas.
Cuma jangan tunggu lama sebab promosi pre-order ni hanya berlangsung sehingga 11 Jun sahaja.
