Tablet Power Untuk Kerja, Gaming & Entertainment!
Kalau korang tengah cari tablet baru yang boleh buat kerja, multitask, layan Netflix, scroll TikTok dan gaming, HONOR nampaknya memang nak bagi satu pakej yang susah nak ignore.
Introducing… HONOR Pad 20 Pro Paperlike Edition.
Tablet ni bukan sekadar nak jadi “skrin besar untuk tengok YouTube”. Dengan Snapdragon 8s Gen 4, skrin 12.1 inci 3K 165Hz, PC Mode, AI features dan bateri 10,100mAh, HONOR Pad 20 Pro memang nampak macam tablet yang cuba cover hampir semua benda.
Dan untuk pasaran Malaysia, harganya ialah RM2,499 untuk konfigurasi 256GB, dengan pakej yang turut merangkumi HONOR Magic-Pencil 4s dan Smart Bluetooth Keyboard tertakluk kepada tawaran/terma semasa.
So… apa yang best sangat pasal tablet ni?
HONOR Pad 20 Pro: Tablet Untuk Kerja Pun Boleh, Entertainment Pun Boleh
Benda pertama yang menarik perhatian ialah cara HONOR cuba jadikan Pad 20 Pro ni lebih daripada sekadar tablet biasa.
Kalau korang jenis selalu buat kerja atas tablet, PC Mode memang antara feature yang paling menarik.
Interface dia boleh bagi feel macam desktop, lengkap dengan multi-window dan pengurusan aplikasi yang lebih fleksibel. HONOR juga menyokong pengalaman produktiviti dengan keyboard dan WPS Office, jadi kerja macam buka dokumen, email, research dan multitasking terasa lebih dekat dengan pengalaman menggunakan laptop.
Menurut HONOR, PC Mode menyokong penggunaan beberapa window serentak jadi korang boleh buka beberapa aplikasi dan susun window ikut workflow sendiri.
Nak buat kerja sambil buka browser? Boleh. Nak rujuk dokumen sambil tulis notes? Boleh. Nak buka banyak benda sekali gus? Itu memang antara point utama tablet ni.
Kalau workflow korang memang banyak bergantung pada multitasking, benda macam ni boleh buat tablet ni rasa jauh lebih berguna.
AI Memo: Record Audio, Tukar Jadi Text & Buat Summary
Satu lagi feature yang nampak menarik ialah AI Memo Contohnya korang tengah meeting, lecture atau interview dan malas nak tulis semua benda secara manual.
Dengan fungsi AI yang disediakan, audio boleh diproses menjadi teks dan membantu menghasilkan ringkasan. Ada juga fungsi berkaitan AI writing dan translation yang boleh membantu untuk kerja-kerja produktiviti.
Jadi daripada balik meeting dengan rakaman audio 1 jam yang akhirnya tak pernah dengar balik… AI tolong ringkaskan. 😂
Untuk student pun feature macam ni memang boleh jadi berguna, terutama masa lecture panjang atau bila nak ulang kaji.
HONOR Notes Pun Dah Jadi Lebih Menarik
Kalau korang suka tulis nota secara digital, HONOR turut menawarkan HONOR Notes bersama sokongan untuk Magic-Pencil 4s.
Dan kat sinilah konsep Paperlike Display mula masuk cerita. Sebab HONOR Pad 20 Pro yang dijual di Malaysia hadir sebagai Paperlike Edition, dengan paparan matte anti-glare yang direka untuk memberikan pengalaman yang lebih natural ketika menulis menggunakan stylus.
Bagi orang yang tak suka skrin tablet jenis glossy sebab selalu nampak reflection dan fingerprint, matte display ni memang satu perubahan yang menarik Scroll pun rasa lain. Swipe pun rasa lain.
Dan bila menulis menggunakan pen, permukaan matte tu bagi sedikit resistance yang membuatkan pengalaman menulis terasa lebih dekat dengan kertas berbanding skrin licin biasa.
Paperlike tu bukan sekadar nama marketing semata-mata, memang konsep utama tablet ni.
Skrin 12.1” 3K 165Hz, Memang Syok Layan Content
Okay, dah puas sembang pasal kerja. Sekarang masuk bahagian yang lagi fun. Entertainment.
HONOR Pad 20 Pro datang dengan skrin 12.1 inci LCD beresolusi 3000 × 1872, bersamaan kira-kira 3K, dengan refresh rate sehingga 165Hz. Ia juga menyokong sehingga 1.07 bilion warna dan kecerahan sehingga 700 nits menurut spesifikasi HONOR.
Walaupun panel dia LCD dan bukannya OLED, resolusi tinggi tu memang menjadi salah satu tarikan utama. Tengok movie? Nice. YouTube? Nice. Netflix? Lagi nice. Buat editing gambar atau video? Skrin besar memang membantu.
Dan bila ada 165Hz, scrolling dan animation terasa lebih smooth, sementara game yang menyokong refresh rate tinggi pula boleh mengambil advantage daripada panel tersebut. HONOR turut menyatakan refresh rate boleh berubah bergantung kepada aplikasi atau paparan game.
Paperlike Display Bukan Sekadar Untuk Menulis
Menariknya, matte display ni bukan hanya berguna untuk stylus. Untuk penggunaan harian, permukaan anti-glare boleh membantu mengurangkan gangguan daripada pantulan cahaya.
So kalau korang duduk dekat tempat yang banyak lampu atau guna tablet dalam keadaan pencahayaan tertentu, paparan matte boleh jadi satu pengalaman yang lebih selesa.
Dan satu lagi benda yang saya personally suka tentang matte screen: fingerprint tak nampak sangat. Skrin glossy kadang-kadang baru scroll lima minit dah nampak muka sendiri dekat screen. 😂
Gaming? Snapdragon 8s Gen 4 Memang Serious
Kalau korang ingat HONOR Pad 20 Pro ni hanya untuk kerja dan Netflix, nope.
Di dalamnya ada Snapdragon 8s Gen 4, yang memang merupakan chipset kelas tinggi untuk peranti Android.
Digabungkan dengan refresh rate sehingga 165Hz, tablet ni memang mempunyai hardware yang jauh lebih menarik untuk gaming berbanding tablet productivity biasa.
Game yang menyokong frame rate tinggi boleh mengambil advantage daripada paparan tersebut, manakala chipset pula memberikan performance yang cukup untuk gaming dan aplikasi berat.
Jadi kalau korang jenis: “Aku nak tablet untuk kerja, tapi bila malam nak main game pun nak sedap.”
HONOR Pad 20 Pro memang cuba memenuhi dua-dua dunia tu.
Cuma macam biasa, pengalaman sebenar gaming tetap bergantung kepada game, setting grafik, suhu peranti dan frame-rate support game tersebut.
6 Speaker + DTS Ultra = Layan Movie Lagi Best
Skrin besar memang best, tapi kalau audio hampeh, experience boleh jatuh juga.
Nasib baik HONOR bagi six-speaker stereo system pada Pad 20 Pro, lengkap dengan DTS Ultra dan HONOR Sound Algorithm.
Maksudnya bila tengok movie atau main game tanpa headphone, audio tak rasa macam datang dari satu speaker kecil dekat bawah tablet.
Dengan enam speaker, soundstage boleh terasa lebih luas dan immersive.
Bateri 10,100mAh, Bapak Besar
Satu lagi benda yang memang susah nak ignore ialah bateri.
HONOR Pad 20 Pro dibekalkan dengan bateri 10,100mAh, dan HONOR menyenaraikannya sebagai bateri berkapasiti tinggi untuk penggunaan sepanjang hari.
Ini penting sebab tablet dengan skrin 12.1 inci dan hardware yang power memang boleh jadi agak haus bateri kalau digunakan secara heavy.
Dengan kapasiti sebesar ni, korang tak perlu terlalu risau nak charge setiap beberapa jam untuk penggunaan biasa.
Dan untuk yang selalu travel, buat kerja luar, masuk kelas atau meeting seharian, bateri besar memang satu advantage.

Nipis 6.29mm, Berat Sekitar 537g
Walaupun saiz skrin besar, HONOR berjaya kekalkan badan tablet ni pada ketebalan sekitar 6.29mm dan berat lebih kurang 537g.
Untuk tablet 12.1 inci, angka ni agak menarik. Sebab tablet besar biasanya mula rasa macam “portable laptop” dari segi saiz dan berat.
Tapi Pad 20 Pro masih cukup nipis untuk dibawa dalam beg tanpa rasa macam korang tengah angkut batu bata.
Okay, mungkin bukan super lightweight macam tablet kecil. Tapi untuk skrin sebesar ni? 537g masih reasonable.
Dan Bila Campur Keyboard + Magic-Pencil 4s…
Ini yang membuatkan pakej HONOR Pad 20 Pro jadi lebih menarik. Dengan keyboard, korang boleh gunakan tablet ni dengan gaya lebih dekat kepada laptop.
Dengan Magic-Pencil 4s, pula, korang boleh tulis notes, annotate dokumen, sketch atau buat kerja kreatif terus atas skrin. HONOR menyatakan Magic-Pencil 4s mempunyai latency rendah dan pressure sensitivity untuk pengalaman menulis yang lebih natural.
Jadi daripada beli tablet kosong kemudian kena tambah keyboard dan stylus secara berasingan, pakej ni nampak lebih lengkap.
HONOR Pad 20 Pro Harga Malaysia, RM2,499
Untuk Malaysia, HONOR Pad 20 Pro Paperlike Edition ditawarkan pada harga RM2,499 untuk konfigurasi 256GB. Pelancaran Malaysia turut disertakan dengan promosi bundle yang menawarkan Smart Bluetooth Keyboard dan Magic-Pencil 4s, dengan nilai hadiah sehingga RM898 bergantung kepada terma dan stok.
Dan kalau korang student, ada juga tawaran pendidikan tertentu yang boleh memberikan diskaun 15% kepada pelajar yang layak.
So bila tengok keseluruhan pakej, RM2,499 tu bukan sekadar bayar untuk tablet sahaja.
Korang dapat satu setup yang boleh digunakan untuk: Work + Study + Notes + Entertainment + Gaming.
Kalau korang memang tengah cari tablet untuk kerja, study, multitasking, entertainment dan gaming, HONOR Pad 20 Pro memang patut masuk dalam shortlist.
Terutamanya kalau korang suka pengalaman menulis atas skrin dan memang nak tablet yang boleh rasa macam “mini laptop” bila dipasangkan dengan keyboard.
Dengan 12.1” 3K 165Hz Paperlike Display, Snapdragon 8s Gen 4, 10,100mAh battery, six-speaker audio dan sokongan PC Mode, memang susah nak kata tablet ni sekadar tablet biasa.
Dan pada RM2,499 dengan Magic-Pencil 4s serta Smart Bluetooth Keyboard dalam pakej promosi, HONOR nampaknya memang nak jadikan Pad 20 Pro sebagai satu all-rounder.
@baybaystudios HONOR Pad 20 Pro Paperlike Edition kini tablet favourite aku untuk 2026 #HONORPad20Pro #Android #HONORPad #HONOR #Tablet ♬ original sound – Bay Bay Studios
