iPhone 18 Pro Series Bakal Menggila?
Apple akan kembali menggegarkan dunia teknologi pada 9 September 2026. Dan kalau rumor yang bertebaran sekarang betul, event kali ni mungkin antara launch Apple paling menarik dalam beberapa tahun kebelakangan ni. Bukan sebab iPhone 18 Pro semata-mata.
Tahun ni Apple dikatakan bakal ubah strategi pelancaran iPhone. Model biasa seperti iPhone 18, iPhone 18e dan generasi baharu iPhone Air dijangka hanya muncul pada musim bunga 2027. Jadi untuk event September, spotlight memang akan diberikan kepada model premium iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan iPhone Ultra/foldable iPhone. Jadi, apa yang kita boleh expect? Jom tengok satu-satu.
iPhone 18 Pro & Pro Max Sahaja Untuk September?
Ini antara perubahan paling besar untuk lineup iPhone tahun ni.
Kalau sebelum ni Apple biasa keluarkan model Pro bersama model biasa dalam event September, untuk 2026 Apple dikatakan akan menggunakan strategi split launch.
Maksudnya, September ni kita mungkin hanya dapat:
- iPhone 18 Pro
- iPhone 18 Pro Max
- iPhone Ultra / iPhone Fold
Manakala iPhone 18 biasa, iPhone 18e dan generasi kedua iPhone Air dijangka menyusul pada musim bunga 2027. Bagi Apple, strategi ni sebenarnya agak masuk akal.
Dengan kos komponen yang semakin meningkat, Apple boleh fokus dulu kepada produk premium yang mempunyai margin lebih tinggi.
Dan kalau betul ada iPhone Ultra foldable, memang logik kalau Apple nak bagi pentas September sepenuhnya kepada produk mahal-mahal.
iPhone Ultra: Ini Mungkin Bintang Sebenar Event
Walaupun kita tengah fokus pada iPhone 18 Pro, satu produk yang berpotensi mencuri spotlight ialah iPhone Ultra. Dan jangan terpedaya dengan nama “Ultra”.
Ini bukan semata-mata iPhone Pro Max yang dinaik taraf. iPhone Ultra dipercayai merupakan iPhone boleh lipat pertama Apple, dengan reka bentuk ala buku yang boleh dibuka menjadi skrin sekitar 7.8 inci. Bila ditutup, saiznya dikatakan lebih kurang 5.5 inci.
Harga? Inilah bahagian yang boleh buat kita telan air liur. Beberapa laporan meletakkan anggaran harga sekitar US$2,000 hingga US$2,500 Kalau betul, iPhone Ultra bukan lagi kategori “mahal”. Itu kategori “mak, saya nak masuk Apple Store tengok je”.
Dark Cherry Bakal Jadi Warna Favourite iPhone 18 Pro?
Okay, sekarang masuk part yang lebih menarik. Warna. Apple nampaknya sedang bersedia untuk memperkenalkan warna merah gelap yang kini sering disebut sebagai Dark Cherry, atau ada laporan yang menggunakan istilah Burgundy/deep red. Kalau betul, warna ni memang berpotensi menjadi warna paling hot untuk iPhone 18 Pro.
Setakat rumor terkini, Dark Cherry dan Sky Blue antara warna yang paling konsisten disebut, tetapi pilihan warna ketiga masih belum benar-benar jelas — ada laporan mengatakan Silver, ada juga yang mendakwa Black atau tona kelabu gelap.
Personally, kalau Dark Cherry tu memang nampak premium macam yang kita bayangkan… Burgundy iPhone? Shut up and take my money.

Kamera iPhone 18 Pro Mungkin Dapat Upgrade Paling Menarik
Ini mungkin upgrade yang paling aku personally tunggu. Apple dikatakan sedang menguji variable aperture untuk kamera utama iPhone 18 Pro.
Kalau betul, ini adalah perubahan yang jauh lebih menarik berbanding sekadar “sensor lebih besar” atau “kamera lebih tajam”.
Apa benda variable aperture?
Pada iPhone sekarang, aperture kamera utama adalah fixed. Dengan variable aperture, bukaan lens boleh berubah untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk ke sensor.
Dalam situasi gelap, aperture boleh dibuka lebih luas untuk mendapatkan lebih banyak cahaya. Dalam keadaan terang pula, aperture boleh dikecilkan.
Lebih menarik, ia juga boleh memberikan lebih banyak kawalan terhadap depth of field — iaitu sejauh mana kawasan gambar nampak tajam dan sejauh mana background menjadi blur.
Pendek kata, iPhone mungkin semakin menghampiri pengalaman kamera tradisional dari segi kawalan aperture Dan ini bukan sekadar rumor kecil.
Beberapa laporan menyebut kamera utama 48MP Fusion pada iPhone 18 Pro berpotensi menerima teknologi tersebut, walaupun masih ada percanggahan sama ada kedua-dua model Pro akan mendapatnya atau hanya Pro Max.
Kalau Apple berjaya buat sistem ni dengan baik, memang menarik. Sebab kita bukan lagi bercakap tentang computational photography semata-mata. Lens fizikal pun mula diberi lebih banyak kerja.
LTPO+ Display: Lebih Jimat Bateri?
Skrin iPhone 18 Pro juga dijangka menerima upgrade. Apple dikatakan akan menggunakan teknologi LTPO+ yang lebih efisien berbanding LTPO pada iPhone 17 Pro.
Matlamat utama teknologi ni nampaknya bukan sekadar bagi display nampak lebih cantik. Ia lebih kepada power efficiency.
Dan bila digabungkan dengan cip 2nm serta bateri yang dikatakan sedikit lebih besar, Apple mungkin boleh menawarkan battery life yang lebih panjang walaupun spesifikasi telefon semakin tinggi.
Ini penting sebab semakin banyak AI, kamera, gaming dan fungsi processing yang kita gunakan, semakin banyak kuasa diperlukan. Kalau Apple boleh bagi performance lebih tinggi sambil penggunaan tenaga turun, itu sebenarnya upgrade yang sangat bermakna.
Dynamic Island Mungkin Jadi Lebih Kecil
Satu lagi perubahan yang dikatakan sedang dirancang ialah Dynamic Island yang lebih kecil.
Beberapa laporan sebelum ini mencadangkan Apple mungkin mengecilkan kawasan Dynamic Island dengan teknologi Face ID yang lebih tersorok. Namun begitu, rumor ni masih bercampur.
Ada laporan terbaru yang mendakwa Apple mungkin menangguhkan perubahan besar pada Dynamic Island sehingga generasi seterusnya. Jadi untuk yang berharap iPhone 18 Pro akan terus jadi “all screen” tanpa Dynamic Island… Don’t get your hopes too high dulu.
A20 Pro 2nm — Power Gila, Harga Pun Gila?
Ini mungkin antara teknologi paling penting dalam iPhone 18 Pro. Apple dijangka menggunakan A20 Pro, cip generasi baharu yang dikatakan dibina menggunakan proses pembuatan 2nm TSMC. Untuk perbandingan, A19 Pro menggunakan proses 3nm.
Secara teori, proses 2nm membolehkan Apple mendapatkan peningkatan dari segi performance dan power efficiency dalam cip yang sama saiznya. Apple juga dikatakan menggunakan reka bentuk packaging baharu untuk cip tersebut.
Tapi ada satu masalah. 2nm bukan murah. Kos pembuatan cip generasi baharu memang menjadi antara faktor yang boleh memberikan tekanan kepada harga flagship. Beberapa laporan juga menjangkakan harga iPhone 18 Pro mungkin meningkat, walaupun angka sebenar masih belum boleh disahkan.
Jadi persoalan besar pada 9 September nanti: Apple akan serap kos tu atau pengguna yang kena bayar? Aku rasa kita semua dah tahu jawapan.
C2 Modem Bakal Buat 5G Lebih Power?
Selain A20 Pro, Apple juga dijangka memperkenalkan generasi baharu modem buatannya sendiri, iaitu C2 modem. Apple sebelum ni dah mula bergerak ke arah modem sendiri dengan C1 pada iPhone 16e dan C1X pada iPhone Air.
C2 pula dijangka menjadi langkah seterusnya. Selain peningkatan connectivity, modem baharu ini juga dikatakan lebih power efficient. Ada laporan turut mendakwa iPhone 18 Pro mungkin mempunyai sokongan 5G melalui satelit, walaupun butiran sebenar fungsi ini masih belum jelas.
Kalau Apple betul-betul berjaya mengurangkan kebergantungan kepada modem Qualcomm sambil meningkatkan efficiency dan connectivity, ini sebenarnya satu milestone besar untuk Apple Sebab Apple bukan sekadar buat processor sendiri. Mereka semakin banyak membina komponen utama iPhone sendiri.
Ada Pokémon x Apple?
Okay, ini part yang kita kena letak dalam kategori “menarik, tapi jangan percaya 100% dulu.” Memang ada perbincangan dan speculation mengenai kemungkinan Apple mempunyai sesuatu berkaitan Pokémon selepas muncul beberapa tease/referensi Pikachu.
Tapi setakat maklumat yang boleh disahkan sekarang, belum ada pengumuman rasmi yang membuktikan akan berlaku kerjasama Apple x Pokémon sempena event ini. Jadi kalau kau nampak rumor “iPhone 18 Pro Pokémon Edition”… slow dulu. Kalau Apple tiba-tiba reveal Pikachu atas pentas, barulah kita boleh jerit sama-sama.
AirPods 5 Pun Dijangka Muncul
Selain iPhone, Apple dijangka turut memperkenalkan generasi baharu AirPods. AirPods 5 sering disebut sebagai salah satu produk yang mungkin muncul pada event 9 September.
Antara upgrade yang dikaitkan dengannya termasuk reka bentuk yang diperbaharui serta beberapa fungsi kesihatan/sensor baharu. Tapi ada satu rumor yang menarik:
AirPods Dengan Kamera? Ya, rumor ni memang wujud.
Idea AirPods dengan kamera kedengaran macam sesuatu yang keluar dari filem sci-fi — tetapi Apple memang dilaporkan sedang meneroka AirPods dengan kamera untuk kegunaan AI dan spatial/contextual awareness.
Cuma berdasarkan laporan terkini, AirPods berkamera itu lebih berkemungkinan hadir pada 2027, bukannya event September 2026 ini. So jangan kecewa kalau Tim Cook keluarkan AirPods biasa atas pentas nanti.

Apple Watch Series 12 & Watch Ultra 4
Untuk peminat Apple Watch, dua produk yang sangat berkemungkinan muncul ialah:
- Apple Watch Series 12
- Apple Watch Ultra 4
Kedua-duanya dijangka menerima peningkatan dari segi battery life, health tracking dan beberapa perubahan hardware/design.
Apple Watch Ultra 4 khususnya mungkin mendapat perhatian lebih kerana ia berada di bahagian premium lineup Apple Watch. Dan seperti biasa…
Kita akan tengok orang beli Apple Watch Ultra baru untuk kegunaan: “Check WhatsApp dan tengok notification.”
HomePod mini 2 & Home Hub
Apple juga nampaknya semakin serius nak membina ekosistem smart home.
Antara produk yang sering disebut ialah HomePod mini generasi kedua dan sebuah peranti smart home baharu yang sering dirujuk sebagai HomePad atau home hub.
Konsepnya lebih kurang gabungan antara smart display, HomePod dan hub untuk mengawal peranti rumah.
Dengan Apple yang semakin menolak AI dan Siri, smart home boleh menjadi salah satu kawasan penting untuk Apple dalam beberapa tahun akan datang.
Apple TV 4K Baru?
Apple TV 4K juga berpotensi menerima refresh. Antara rumor yang beredar ialah penggunaan cip lebih berkuasa dan integrasi yang lebih mendalam dengan Siri serta fungsi AI.
Tapi berbanding iPhone 18 Pro dan iPhone Ultra, produk ini masih berada dalam kategori “mungkin”. Jangan terkejut kalau Apple simpan sebahagian produk smart home untuk event lain.
MacBook Ultra OLED Touchscreen & Smart Glasses?
Ini dua rumor yang paling menarik — dan paling kena letak tanda soal besar. MacBook dengan OLED touchscreen memang sesuatu yang Apple dikatakan sedang pertimbangkan untuk masa depan.
Tetapi itu tidak semestinya bermaksud ia akan diumumkan pada 9 September. Begitu juga dengan smart glasses Apple yang sering dikaitkan sebagai pesaing kepada Ray-Ban Meta.
Apple memang dikatakan sedang meneroka kategori wearable dan augmented reality yang lebih ringan, tetapi berdasarkan laporan semasa, smart glasses bukanlah produk yang paling kuat dijangka untuk event September ini.
iPhone 18 Pro Nampak Macam Upgrade Yang Lebih “Serius”
Kalau dibandingkan dengan beberapa generasi iPhone sebelum ini, iPhone 18 Pro nampaknya bukan sekadar upgrade kamera + processor + warna baru.
Kemudian kita tambah pula iPhone Ultra foldable sebagai wildcard. Memang nampak macam Apple nak buat September 2026 ni sebagai big one.
Cuma satu perkara penting: Semua perkara di atas masih perlu dianggap sebagai rumor sehingga Apple sendiri naik ke pentas dan mengesahkannya.
@baybaystudios Produk mana korang tak sabar nak Apple umum minggu depan? #apple #iphone #iphone18 #iphoneultra #airpods ♬ More of My Time (Lofi) – Muspace Lofi
